Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 sedang berlangsung di Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) Exhibition and Convention Centre. Bermula 23 Nov sehingga 2 Dec 2018. Pameran seperti ini asalnya adalah untuk mempamerkan kenderaan yang menggunakan tenaga secara cekap atau efisien (mengikut ejaan Kamus Dewan edisi ke-4) atau dalam English dipanggil Energy Efficient Vehicles (EEVs).
Pameran ini juga bertujuan untuk meningkatkan kapasiti dalam bidang permotoran Malaysia dengan mempromosikan Usahawan Malaysia dan produk-produk mereka dalam bidang permotoran. Selain itu, KLIMS ini juga merupakan satu platform untuk pelancaran model model motor yang baru dan juga pengunjung berpeluang untuk pandu uji (read: test drive) kenderaan yang dipamerkan.
Saya berkesempatan mengunjungi pameran motor ini pada 25 Nov 2018 yang lalu, jom tengok momen yang sempat saya rakamkan.
Masa sampai ni penuh orang, pergi kaunter ada dua bahagian Kauntet Tiket. Dalam gambar ni kaunter penebusan tiket online, kan nampak barisan pendek je tu, amoi comel ni berdiri tengah jaga line. Sebelah lagi yang nampak separuh perkataan tu pula yang beli tiket kat kaunter, penuh 3 kali ganda..! Walaupun kita pengguna telefon pintar, tak semestinya kita pintar, eh.
Ni pula tarikan utama pengunjung yang datang, bukan yang bulat tu. Tapi kereta 3 biji kat belakang bulat tu. Ada 3 kereta untuk dimenangi, cabutan bertuah dapat bawa balik keretaaaa. Model yang menjadi pertaruhan cabutan tangan bertuah adalah Perodua Myvi baru berwarna putih putih melati, diikuti dengan Toyota C-HR biru kat tengah tu (pergh ni memang mengaum) dan yang tak nampak dalam gambar Honda City baru warna silver.
Hmmm dah cuba cari Honda City tu tak masuk dalam gambar la, tapi bulat ni ada saja.
Selain dari kereta 3 biji ni, setiap pembelian tiket online AirAsia Red Tix layak untuk mendapat satu cabutan bertuah untuk AirAsia tiket pergi balik ke Bangkok, Hong Kong, Bali, Taipei, Jakarta dan Shanghai serta tiket yang grand sikit, ke Tokyo pun ada.
Selain dari kereta 3 biji ni, setiap pembelian tiket online AirAsia Red Tix layak untuk mendapat satu cabutan bertuah untuk AirAsia tiket pergi balik ke Bangkok, Hong Kong, Bali, Taipei, Jakarta dan Shanghai serta tiket yang grand sikit, ke Tokyo pun ada.
Sis cuba cari, itu jela yang ada hahaha. Hai leng chai, yang belakang tu. Depan ni leng kong.
Okay jom masuk, ni pintu masuk kena tunjuk tag kat tangan. Nanti saya tunjuk tag tu macam mana. Tiket masuk dewasa hari bekerja RM20, hari minggu RM25, tak masuk parking lagi emmm.
Masuk masuk je jumpa Toyota dulu belah kanan, kanan lebih afdal. Oh my car..! punya brand. Emm sekarang pakai Toyota lama naik master nanti kite beli Porsche :p
Tak sah depan dia kalau bukan Honda the power of dreams, tagline dia kali ni Frontier of Innovation.
Anda fikir ini cantik ? ada lagi yang cantik comey.
Tadaaaa, very cute. Amoi untuk model Citroen baru. Kat Citroen ni saya ambil gambar dia je.
Biskut Lexus.
Makin besar kereta makin banyak gadis. Triton letak 2 gadis untuk model Outlander ni.
Hebak hebak. Ni model Triton.
Kia Optima. Optima ke ? kihkihkih
Kita pergi kawasan Hyundai pula.
Hyundai, hmmm.
Maaf laa P terpotong. Ni nama dia Peugeot. Gempak ni.
Kita kena bangga dengan Proton, ini Persona baru. Korang terpesona ke..? hihihi.
Ni kawasan mak bapak melarikan perhatian anak-anak.
Perodua, tak jumpa apa apa dia macam ada peraduan kot kat tengah-tengah alam tu. Sekian.
Dah habis.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Level 1.
Jom pergi Level 2 pula. Hello yang kata kenapa saya ambil gambar ketiak orang ni, takkan saya nak halau dia cakap nak ambil gambar papan tanda ni. Kemon :p
Tentatif program, yang akan datang ni 1 Dec ada Marsha Milan dan Nazim Othman. Lepas tu ada juga peraduan upload gambar kat FB dan IG.
1) Letak la gambar bahagia kat event ni di FB dan letak hashtag #klims2018fun .
2) Lepas tu ada Creative Composition dan letak hashtag #klims2018creative .
3) Akhir sekali IG Photo-Of-The-Day dengan hashtag #klim2018
Peraduan ni semua sehingga 2 Dec 2018 tau. Ada masa lagi.
Naik atas mula mula jumpa Nissan Daun ni. Model dia macam robot haaa.
Besar kawasan Nissan ni bukan 7 kaki kali 3 kaki, hehehe.
PETRONAS..!!
Bangga tak kerja Petronas ?
Kat Petronas ni pun ada press ramai ramai tengah dengar orang berucap. Saya tak tunggu lama pun kat sini sebab nampak big brother kereta bulat tu.
Oh em geee look at that Mercedes..! Tahukah anda Mercedes memiliki kesemua jenis sebutan E yang berbeza cara sebutan..? tambah Benz dah 4E disebut dengan sebutan berbeza, wow..!
What a beast..! tapi biasa beast emmm...tak lawa kakakaka.
Ada lagi boek ni.
You're sexy and you know it..!
Kawasaki pula. Ni gambaran dari belakang. Jom minta dia pandang kamera.
Nak selfie dengan model model ni pura-pura jadi teman wanita pun boleh.
Siapa main Clash of Clan atau Mobile Legend, ni sebenarnya kenderaan Valkyrie pergi perang HAHAHA.
Siap ada ukir nama dia lagi, kau hado..?
Isuzu mu-X baru, dengan 5 sambungan suspension dengan coil springs dan stabilizer. Boleh redah hutan belukar steady je tak terbalik.
Selalu tengok dah, D-max. Bukan Demak ye.
Eh kenapa ramai orang berkerumun macam semut menghurung gula.? nampak tak kepala kat depan tu, sebenarnya ada 3 orang. Tengah menari kat depan, so orang duk ambil video dengan gambar. Biasa laa semut tengah kerja, semut bujang, semut gatal.
Okay sempena KLIMS2018 ni, kan salah satu objektif adalah untuk memperkenalkan keluaran baru. Makanya Benelli memperkenalkan 3 model motor baru untuk pasaran Malaysia. Saya sempat dengar laa dia kata jualan Benelli di Malaysia pada tahun 2017 antara yang tertinggi dalam senarai ranking semua negara pengedar. Punya la kaya rakyat Malaysia ni, ye memang la hutang tapi nak hutang motor mahal mahal ni gaji pun kena tinggi. Kaya la tu, saya naik skuter Ego je, hikhik.
Siapa nak no plate UUU....
Kat Tom's Stickers Malaysia
Servis dia biasa untuk orang kaya, orang have have, dato, sultan, tuan puteri, orang bunian yang kaya kaya tu. Esok tengok duit jadi daun.
Giler giler kereta si Tom ni.
ODR Lubricant.
Bahagian kereta kereta zaman dulu, Memory Lane katanya.
UD Trucks pun ada, edaran Tan Chong Motor.
Kalau kereta dia bagi sorang model, kalau van dia bagi dua model.
Sekali kereta kebal tak ada orang pun, dasar pilih kasih..! Tak tahu ke kalau kereta ni jalan habis dia lanyak semua.
Ada juga Universiti tempatan yang buat prototaip kereta kereta jimat minyak, mesra alam. Kalau yang macam ni boleh terbang, lepas dah terbang boleh mendarat dan bergerak. Sesuai untuk ke tempat tempat yang kita tak boleh jejak. Pakai pacuan empat roda tak boleh, kapal terbang tak boleh, haaa pakai jela kereta yang anak muda kita reka ni.
Astaghfirullah..! Kakimotor.
Last but not least, picture or it did not happen..!
Penat okay, pagi kelas marketing, lepas makan tengahari nak berjalan ke sini pula, perghh..!
Jom balik. Tengok belakang dia ada air mangga.
Ni la hand tag tu. Penganjur kaler lain, pengunjung kaler lain.
Sekian itu saja dari saya, harap maaf mana yang terkurang atau terkasar bahasa. Sehingga ketemu lagi di entry yang lain.
Assalamualaikum..