Monday 9 April 2018

Movie : Ready Player One

Assalamualaikum wbt semua.

Buat apa tu ? Kerja ke hehehe. Saya nak cerita pasal movie Ready Player One yang diarahkan oleh salah seorang producer yang saya suka, iaitu Steven Spielberg. Memang kebanyakkan filem arahan dia saya akan tengok, lagi lagi yang genre fantasi dan aksi macam RPO ni. 

RPO adalah adaptasi novel dari Ernest Cline, dari tajuk yang sama juga. Mesti masa dia buat novel dia tak sangka akan hit box office tapi tanpa producer terbaik takkan jadi juga. Terus kepada jalan cerita RPO.

Berkisarkan tahun 2045, Columbus kawasan yang didiami Wade Watts antara yang paling pesat membangun, walaupun masa tengok tu emm ini ke membangun ? Rata rata populasi di situ merupakan ‘gunter’ atau player yang bermain di OASIS. Satu platform permainan yang dibina oleh James Halliday. Rata rata mereka bermain kerana fantasi lebih baik dari realiti, dan mereka juga bermain kerana ada hadiah. 

Tagline “first to the key” dan disahut “first to the egg”, kerana untuk hadiah terbesar iaitu saham milik Halliday hanya boleh diperolehi apabila bermain permainan itu. Mereka harus mencari 3 kunci, kilat, jed dan kristal sebelum boleh menggunakan semua kunci itu untuk mendapat Easter Egg. 

Wade Watts merupakan peminat kipas susah mati Halliday dan dia dah banyak kali tengok arkib beliau. Halliday arkibkan kisah hidup dia di perpustakaan dalam OASIS untuk peminat game dia mencari klu untuk kunci kunci tersebut. Wade dan kawan fantasi dia yang dah selalu main sama cakap kenapa godzilla di akhir laluan kemenangan macam sesuatu peraturan, sedangkan Halliday tak suka peraturan.

Dari situ lah dia mendapat jalan dan jumpa kunci pertama. Wade atau nama OASIS dia Perzival merupakan orang pertama yang namanya tertera di papan kemenangan gunter. Misi pencarian kunci berterusan dengan ada syarikat jahat yang mencari Wade di dunia nyata !

Ini sebab biasa lah lelaki kalau dah angau, dalam OASIS dia pergi bagitahu nama sebenar, so clumsy.

Untuk gamer filem ni memang best, ada babak seram, kelakar, action memang penuh. Lepas tu idea idea dalam filem ni orang kata mindblowing sangat. 

Bukan itu saja, ini adaptasi novel. Boleh bayang betapa Cline boleh membayangkan masa depan. Dalam cerita tu Wade cakap mereka main game di dalam OASIS sebab boleh jadi siapa yang mereka mahu, jantina apa, avatar apa. Semua sebab kehidupan luar yang menghimpit ! 

Betapa teruk dunia nyata mereka sampai kena hidup dalam fantasi untuk jadi apa yang mereka mahu !! Wow cerita ni betul merogol minda. Mesti tonton, sis bagi 9/10.


 
Copyright 2017 Reserved to Cik Nunu Design By Cik Nurfarah