Assalamualaikum semua.
Hari ni
dapat berita yang mengejut dan saya ingat tak ada lagi dah berita macam ni. Kawan
saya ada adik yang bekerja di salah sebuah syarikat yang mengambil bahagian
dalam Skim Latihan 1 Malaysia, yang katanya memberi peluang pekerjaan kepada
semua graduan Malaysia.
Adik
dia ni nama Ira, dah setahun dalam SL1M ni di syarikat tu, sebelum ni pengurus
dia kata lepas habis SL1M ni akan dapat sijil dan juga dia akan serap Ira ni
kerja situ. Kiranya sambung terus jela kerja tak payah fikir apa, dan dia kata
Ira ni akan BEKERJA jadi bukan SL1M lagi dan tangga gaji dia pun lain. Pengurus
tu cakap gaji mula dia nanti rm2500, suka la dia kan kita yang dengar pun suka
la tak payah susah susah cari tempat lain. Lagipun kerja dah setahun semua dah
biasa buat mesti pekerja cemerlang lah nanti.
Sekali……
Lepas dah habis tempoh SL1M dia tu, hari kedua
yang bukan SL1M dia datang kerja, Pengurus Besar yang atas lagi dari pengurus
yang berjanji tu singgah melawat kawasan. Ira ni kira belum ada macam tag nama
yang sesuai, cop pun dia takda lagi. Belum disediakan la kiranya.
Pengurus Besar Tanya sikit sikit, masuk bilik pengurus lepas
tu tengah hari dia balik. Tengah hari tu juga Ira ni dapat notis berhenti 24
jam. Maksudnya hari tu lagi separuh hari lagi dah last day, ya Allah geram
betul dengar kisah adik kawan saya ni, budak tu tunggu setahun dengan janji
janji manis terus kena serap la apa la. Tahu tahu ni pengakhiran dia, menangis
la dia cakap kat kawan saya ni pastu kawan saya terus suruh balik. Ye la nak
buat apa lagi kan kat situ.
Senang betul
kan buang pekerja ? kalau ikut kan Ira ni memang belum ada surat tawaran lagi
dan SL1M dia pun memang dah habis tempoh setahun, jadinya semua nasihat orang
pasal saman la pampasan ke apa semua tu memang tak boleh, tak layak, tak ada
kes pun nanti. Tak sangka kena, saya ingat kan Telco yang biasa terminate orang
sesuka hati.
Sebab saya dulu ada la sekejap SL1M dekat Celcom tu, tak nak
pun tunggu setahun, saya bertahan 5 bulan je. Berhenti pun sebab pengurus ikut
suka hati pindah kan saya dengan kawan saya dari outlet tu ke outlet Subang
Jaya, minta cover kan sebulan. Sebulan weh tak boleh jauh lagi ke ? terus la
notis 24 jam saya bagi. Nak cakap macam macam hitam putih saya ada, dalam
kontrak tak cakap pindah pindah ni. Heret mahkamah kang. Dah dapat surat cinta
saya pengurus saya pujuk pujuk, sorry bye bye.
Tapi nak kaitkan cerita saya ni dengan Ira,
masa saya dalam SL1M tu lagi, sebelum kena pindah semua tu kan. Ada satu hari
ni seorang staff kalau tak salah la, cerita lama kan takut lupa, dia
dipindahkan dari outlet KLIA ke Jalan Ampang. Jalan Ampang ni tempat saya la
kan. Dia okay je kemas, datang tak pernah lewat, senang cerita tak ada apa yang
menyakitkan hati. Tapi sebelum dia datang entah betul ke tidak, kami dah
dibasuh dengan cerita yang katanya dia ni adalah pernah buat hal kat outlet
KLIA jadi dah nama pun customer service, kalau dia kat outlet sana lagi nanti
pelanggan sama datang tengok dia kang lagi
banyak kes. Pengurus dia pindahkan dia.
Satu hari saya dijadualkan dengan dia dan sorang lagi kawan
kami ni, waktu lenggang boleh la berbual segala kan. Saya tanya dia memang
minta pindah sini ke, dia kata dipaksa pindah. Kenapa pula macam tu, dia kata
ada lah pelanggan macam ni macam tu apa semua kan. Akhirnya tu dia kata, pengurus
dia sebenarnya cari alasan je sebab dia dah 5 tahun kerja, Celcom tak nak
naikkan lagi gaji dia. Kan setiap tahun naik gaji, lagi pula Telco setahun tak
kurang rm300 naik.
Dia tunjuk
gambar dia cerita lagi ni dua orang dah kena pindah dah kena berhenti sebelum
dia, dan dia buka cerita sebenarnya dia lagi 6 bulan je kat Jalan Ampang ni. Waktu
ni dah macam haa ? lepas tu pindah mana lagi. Dia kata lepas tu berhenti la
cari kerja lain.
Saya duk layan cerita dia semua dah apa yang
saya dapat adalah. Dia ni dah kerja 5 tahun dengan Celcom, kat KLIA tu baru 2
tahun sebelum ni kat branch atau outlet lain. Sebelum dia dipindahkan
sebenarnya dia dan 2 lagi kawan dia tu patutnya sama sama dapat notis 6 bulan,
tapi boss dia ni macam tak suka dia sebab dia selalu persoalkan tindakan boss
dia. Jadi dia tak tahu, bila tinggal lagi sebulan setengah macam tu baru kecoh
yang dua orang lagi tu akan diberhentikan, kisahnya pula dua orang ni tahu yang
nama dia pun kena tapi masing masing sedih so buat diam jela. Sampai member
sorang tu tanya dia ‘kau nanti macam mana? Kerja mana lepas ni?’, kalau korang
tiba tiba kena tanya macam ni, apa jadi ? hahaha.
Dia tanya lah kenapa tanya dia macam tu. Selepas kantoi dia
pun akan diberhenti kan dia terus jumpa pengurus dia. Sepatutnya pengurus bagi
tahu semua sekali masing masing notis 6 bulan tapi boss ni tak bagitahu dia
sorang je, surprise!
Terus dia
nak mengadu kat pihak atasan nak saman Celcom. Pengurus dia pujuk, tipikal
sangat kan adoi. Maka jadilah kisahnya, sebulan tu dia habiskan kat KLIA dan
pindah Jalan Ampang bagi lagi notis 6 bulan baru. Tapi dengar dia ada dapat
pampasan juga. Ini beliau, lelaki, kalau orang lain mungkin pasrah menyerah je
tak nak pertahan kan maruah masing masing.
Dari sini
banyak saya cari info rupanya SL1M ni kerajaan bayar sorang graduan rm1000,
manakala lebih lagi tu company yang bayar, contoh Maybank rm1800 dulu. Kerajaan
bayar rm1000 balance rm800 tu company bayar, untung nya company tak payah nak
simpan pekerja lama kena bayar sorang rm3500 ke rm4000 yang level executive dah
kerja lama kan.
Jadi
berhentikan yang lama lama dan ambil semua graduan SL1M ni, bagi janji janji
setahun lepas tu dah, tunggu graduan baru pula. Kitaran ni berpusing sampai la
sesuatu berlaku.
Kita
kena pandang semua yang terjadi di sekeliling kita dari segenap aspek, jangan
terus oh baikknya nak tolong kita. . Masa depan kita tak tahu.
Okay itu jela cerita hari ni. Teringat ingat lagi zaman tu,
tak apa la Ira ada rezeki lebih lagi tu
Allah nak bagi kat tempat lain. Percaya !
0 comments:
Post a Comment