Assalamualaikum wbt…
Ikut pada tajuk kan, seperti yang saya janji kan nak cerita
kisah baju pengantin atau baju bersanding saya dan suami. Saya kalau ikutkan
nak tulis dan terbit kan awal tapi masa balik kampung cuti kahwin tu laptop
tinggal kat rumah sewa, masa tu rumah sewa lagi la kan. Tapi ni dah siap,
jemput baca hahaha. Kalau nak baca bertunang kat sini ya.
Lepas majlis tunang dah set tarikh semua, mak saya kata
pergi butik yang akak saya ambil service masa dia kahwin dulu, ada banyak baju
lagi pun dah kenal banyak diskaun. Masa tu ye kan je la, sampai kawan baik saya
Fatihah ni dia screenshot gambar gambar baju sanding dari dua butik. Satu butik
ni dekat je dengan rumah satu lagi pun tak jauh mana pun dekat sekolah menengah
saya dulu dulu je. Ada macam kawasan industri yang baru buka. Kita biasa pergi
yang depan depan je sekali dia jauh dalam lagi FASA 4!
Lepas tu kan dua orang tu satu butik lelaki Nazirul kalau
tak silap, satu lagi Ezanabil. Saya tengok dua dua masa ni dah rasa baik pilih
yang perempuan nanti boleh cakap macam macam, baju yang nak sorok lemak ke kan
kalau lelaki kang nak acu baju malunya. Duk belek belek instagram mereka, dan
baca komen harus lah kan. Ezanabil ni banyak post make up dia sekali, memang
cantik la kan, masa saya tunang make up saya kena kecam hahaha. Kena pula
sepupu sepapat, kawan kawan, anak buah pun kaki make up dan PANDAI MAKE UP selalu pergi kelas MUA, duhh.
Kawan baik saya Naima duk cakap kenapa dia tak letak
highlighter atas bibir ? Gincu kenapa gelap tudung pun gelap. Dan make up
artist masa tu lepas ambil gambar dia balik, saya adjust tudung, anak buah
tanya kenapa mak andam tak buat kan ? ah sudah. Anak Shaklee saya Intan datang
siap keluarkan gincu merah dia suruh pakai sebab gelap sangat tenggelam. Nasib
baik lah jurufoto saya Ekatikah ambil gambar cantik!
Banyak la cadangan cadangan, dengan cuti hujung minggu saya mesej
Nazirul dia tak balas, entah nombor tak update ke saya salah taip ke apa tak
tahu, saya mesej Ezanabil dia balas dan BUKA HARI AHAD. Pagi tu dengan mak abah
saya lepas dah pergi pasar beli ikan sayur semua, hantar barang basah tu balik
masuk peti ais, keluar balik terus pergi butik.
Sampai terus tanya boleh fitting tak, dia kata boleh. Saya
cuba la satu, lepas tu tanya nak cuba lain boleh ke, dia kata nak cuba yang
lain kena bayar deposit. Saya pun okay jela memang bawa duit kan. Masa tu cuba
warna krim. Minggu depan nya tunang, saya dengan mak saya datang la cuba krim
tu untuk yang lelaki saya pun pakai sekali yang dah cuba minggu lepas. Ambil
gambar, tadaa.
Tolong ingat bahawasanya waktu ni saya belum mula lagi
Projek Detoxslim okay, :D
Ni pula tunang tembam, dia punya saiz ni okay ngam ngam.
Lepas tu kan kira macam okay dah setuju, balik rumah makan
puas puas sebelum mulakan diet makanan sihat. Okay satu lagi, sebelum lupa
pakej Ezanabil ni RM3000 untuk satu baju nikah perempuan sahaja, sepasang baju
sanding lelaki dan perempuan, make up nikah dan touch up untuk sanding, pelamin
termasuk segala renjis renjis gelang sanding semua ada, kasut je kena cari
sendiri.
Tik tok tik tok, masa berlalu dan dua minggu lepas tu mak
saya cakap kenapa haritu terus bayar deposit, patutnya jalan jalan la dulu
pergi tengok butik lain. Okay macam saya cerita awal tadi butik ni kat FASA 4,
kawasan baru. Kita biasa jalan depan je ni masuk kawasan rumah orang tanya
tanya ramai belum tahu, call tak jawab sebab – nombor whatsapp bukan nombor
call, peniaga kena ambil perhatian. Bagi je sama nombor call dan nombor
whatsapp. Jadinya abah saya ni tak suka berjalan, masa pusing pusing tu saya
tenang jela sebab saya yang bawa kereta, kalau tak tenang saya balik je. Tapi
abah saya yang kata kalau dah pusing sana tak jumpa juga, BALIK! Hahaha.
Saya bagi la alasan tu pada mak saya, hehehe. Lepas tu mak saya kata warna
krim atau putih yang cair cair ni dah pakai masa nikah, sanding cari la warna
terang, garang macam merah ke. Sebenarnya saya pun fikir yang sama jadi saya
tanya tunang, dia pula kata saya la yang pilih krim. Hahaha.
Okay ni bukan saya hahaha, tapi nak cerita masa fitting dengan mak saya, ada lah pakai baju ni. Tapi lengan jarang sangat, kain lining pun senipis kulit bawang. Kena pula dengan kita yang berisi ni, mak saya cakap "pengsan tok imam kang", hmmm ye la untuk elak pak imam pengsan kita tukar lain.
Okay ni bukan saya hahaha, tapi nak cerita masa fitting dengan mak saya, ada lah pakai baju ni. Tapi lengan jarang sangat, kain lining pun senipis kulit bawang. Kena pula dengan kita yang berisi ni, mak saya cakap "pengsan tok imam kang", hmmm ye la untuk elak pak imam pengsan kita tukar lain.
Waktu ni setiap minggu saya balik, jadual saya cuti setiap
Ahad dan Isnin memang tak boleh kompromi la saya balik sebulan tu 3 kali. Waktu
nak cuba baju pun tak dapat sama dengan tuning, saya akan pergi cuba sama ada
dengan mak abah saya, dengan mak saja atau dengan Fatihah tu. Nak di jadikan
cerita, satu hari saya datang hari Ahad dengan Fatihah ni, ada satu gaun ni
yang sebelum ni saya datang tak pernah ada. Waktu ni saya dah seminggu Projek
Detoxslim dan dah turun 3.2kg hihi.
Saya terus ambil gaun tu dan tanya pekerja dia, kenapa
sebelum ni tak ada baju ni ? dia kata baju ni baru lagi, custom made untuk satu
pengantin ni jadi dia baru pulang. Baju tu tak ada jahitan kecikkan atau
besarkan, ngam ngam je. Jadi saya cakap nak cuba, cuba lah. Ya ALLAH saiz saya
!!!
Ini gambar pertama Fatihah ambilkan.
Nampak tak muka happy nya dengan tudung pakai haritu pun
sama warna, jodoh sangat. Terus saya BOOK..! hahaha. Pekerja tu pun tukar kat
resit baju saya, sorok baju tu kat dalam bilik lain dalam butik tu. Balik KL kerja macam biasa okay. Lepas tu
minggu tu saya tak balik la asyik tiap minggu balik, tapi tunang ada hantar
pekerja dia ke site Melaka jadi dia singgah cuba baju. Baju sanding yang ni
pasangan nya ‘coat’ jadi dia cuba dua pasang, hitam dan kelabu. Tahu tak dua-dua
tak muat..! hahaha ya Allah stressnya masa tu memang punca weh.
Lepas tu cuba baju songket biru ni, macam ni lah
rupa dia ala ala Frozen sikit. Sebabkan tak suka, dan masa ni baju lelaki muat, dia ada datang fitting waktu lain, masa saya datang dengan mak dengan abah je jadi tak kenan langsung nak ambil gambar. Ni pinjam gambar kat IG butik tu. Baju ni depan dia singkat. Saya tak
berkenan langsung, memang nampak depan kaki saya. Lepas tu tunang kata nanti
bulan 10 ada persidangan kat Putrajaya nak kena pakai ‘coat’ jadi dia pun sudi
tempah kat kedai.
Masa ni tinggal lagi 9 hari ke majlis kami. Tapi dia kata nak pergi satu kedai ni, kami pergi esok. Okay 8 hari lagi. Tokay tu kata dia cuba, ala ‘coat’ murah weh dalam rm900 je, tapi nampak la tokay ni curi untung dari rakan kongsi dia sebab kertas karbon tu dia tak tulis tunang saya dah bayar, dia transfer online sebab tak bawa tunai. Dia tulis kat resit baki bayaran lagi rm500. Keluar tu saya kata dia mesti songlap tu tengok atas resit tunang ye dia tulis rm900 tu tapi tak lapik dengan salinan syarikat dia, heyy tokay ni tapi dia mana ada halal haram semua halal. Tunang kata okay la ni kat luar lagi mahal, adoiii.
Masa ni tinggal lagi 9 hari ke majlis kami. Tapi dia kata nak pergi satu kedai ni, kami pergi esok. Okay 8 hari lagi. Tokay tu kata dia cuba, ala ‘coat’ murah weh dalam rm900 je, tapi nampak la tokay ni curi untung dari rakan kongsi dia sebab kertas karbon tu dia tak tulis tunang saya dah bayar, dia transfer online sebab tak bawa tunai. Dia tulis kat resit baki bayaran lagi rm500. Keluar tu saya kata dia mesti songlap tu tengok atas resit tunang ye dia tulis rm900 tu tapi tak lapik dengan salinan syarikat dia, heyy tokay ni tapi dia mana ada halal haram semua halal. Tunang kata okay la ni kat luar lagi mahal, adoiii.
Panjang kan entry ni. Bersambung part 2 okay.
0 comments:
Post a Comment