Tuesday 28 August 2018

I'm Engaged !

Assalamualaikum..

          Yeay ! seperti tajuk di atas, saya dah bertunang. Alhamdulillah selamat dah majlis yang diadakan di rumah saya saja haha. Kawan-kawan yang rapat tahu la sebelum ni saya berkawan dengan dia on off, selalu gaduh bila gaduh saya haruslah mengadu dekat mak abah saya HAHA. Lepas tu bila saya kata nak kahwin dengan dia abah saya tak bagi.

          Saya pun kesedihan la sobsobs, lepas tu selalu la lagi gaduh sebab nya kita macam suka sayang kat dia tapi mak abah tak bagi kawan so macam diluah dia mati, ditelan saya yang mati. Tapi saya luah je hahaha.  Masa tu kerja CIMB balik kerja memang tak nampak matahari. Dia setiap hari tunggu saya balik kerja. Saya dah la balik lambat, selalu maghrib kat surau ofis je.

          Masa bulan puasa pula balik awal dia bawa pergi Masjid CIMB tu buka sana, kadang makan kedai kena cop awal la. Hari hari tanpa gagal walaupun selalu bertikam lidah, ada la kalau dia busy tak datang tapi busy tu macam tak lebih 10 hari pun tempoh 10 bulan kat CIMB tu.

         Ada akak ofis saya Kak Jaya cakap kat saya "aku balik awal tengok laki kau dah sampai Nunu, laki aku kena aku keluar dulu baru call dia itu pun kadang dia sambung tidur balik, kena aku call call, bagus laki kau ni," kata beliau haha bila masa dah berlaki ni. Bayangkan habis kerja pukul 6 tapi biasa drag laa sampai pukul 7, dengan boss yang macam tak ada life hari hari balik lambat. Paksa kami semua lambat sekali. Saya selalu 7.30 keluar masa tu pergi surau sama dengan jiran Vista Angkasa saya, sama ofis pula Siti Fazirah, dia pun ahli TWB baru join Okt 2017.

       Waktu tu Mobile Legend baru ada tahun 2017 kan, ya Allah surau kan dipisahkan dengan langsir tebal tu je, biasa dia pun suka duduk duduk je alang alang Maghrib lambat terus mengaji ke Isyak. Kita pun duduk la dengan ada staff level lain sekali. Ada la group lelaki ni 4 orang je tau. Main Mobile Legend weh dalam surau tu. Faham faham jela dah game serang serang macam tu bila dia kena serang "weh weh tolong aku weh tolong arghh !". Serius weh, memang kepala hotak korang tau tak. Biasa orang lain tegur, kalau saya sorang saya syuhh kan. Geram betul.

       Itu sedikit sebanyak zaman kerja saya, memang tak suka dan memang tak suka boss hahaha, korang ingat kan saya resign 3 orang sekali bukan sorang. Saya nak pindah ke Kuchai Lama manager sana dah okay dah, surat pun boss tu dah sign. Tiba tiba HR yang merupakan kawan baik bos saya email saya kata tak boleh, saya call sepanjang dua hari ke HQ nak cakap dengan HR tu, TIADA.

        Bukan nya call waktu makan tengah hari ke apa, saya call waktu bekerja. Masa hari kedua tu lagi la, hujung hujung tu call saya langsung tak berjawab. Seriously rasa teraniaya campur marah sebab saya tak pergi trip TWB yang ke Maldives masa tu saya dah fikir nak pindah taknak la terus ada cuti seminggu. Sekali kena pedajal weh.

        Kita pendek kan cerita, kami 3 orang resign hujung bulan Okt 2017, selepas saya dah ambil kereta of course hehe. Saya balik kampung dalam seminggu lebih lepas tu bye bye Malaysia hahaha. Saya pergi Sydney ikut upline Shaklee saya, melepaskan tekanan, meluaskan connection, tadabbur alam dalam 2 bulan lebih je masa tu. Balik ingat nak full bisnes tapi kawan serumah ajak kerja tempat dia. Waktu seminggu saya balik saya dah duduk balik kat rumah sewa kat Bangsar tu tengok kawan saya Ekyn ni macam bahagia sangat tempat kerja dia. Dia pergi kerja pun suka hati, korang bayangkan dia kata dia masuk kerja pukul 8, okay dia keluar pukul 8. Dah keluar pukul 8 nak jalan ke LRT semua nanti kan ambil masa, tak apa mungkin dia sampai 8.20am ke, sekali 8.15am dia masuk bilik ! weh kenapa ? Barang tinggal ya ampun best betul tempat kerja dia ni.

       Jadi saya apply, datang terus interview terus masuk bilik training, ingatkan boleh balik jalan jalan, first day dah balik ikut waktu kerja haha. Hari tu terus kira masuk kerja dah okay! Kerja semua okay all good and dah balik Malaysia haruslah kawan balik dengan dia hahaha, saya kan tak berapa nak malu dengan mak abah saya.

       Saya cakap la lagi dengan abah saya "Abah~~~ nak kawin," rasanya waktu ni abah saya yang malu dengar anak dia cakap macam ni. Mak saya dah buat mimik muka 'tak malu nya hengko ni'. Tapi kalau kita tak cakap mana diorang nak tahu isi hati ku ini kan. Tak campur kalau hari kerja saya kat KL malam malam saya SMS abah saya cakap nak kawin HAHAHA.

       Akhirnya dalam bulan Mei 2017, selepas upline saya suruh tahajjud kalau nak kawin, abah ku yang gagah perkasa cakap, fikir 10 kali hahaha. Kalau nak suruh datang merisik minggu depan. Masa tu hari Ahad tau hari saya nak balik KL. Lepas Subuh golek golek dalam pukul 9am macam tu abah saya cakap sambil saya terpisat pisat. Lepas tu saya bangun OMG betul ke, terus wasap dia, dia call nenek dia haha. So meh meh nak belanja gambar merisik dulu.


Ahahaha nervous oiii. Masa ni dia ambil gambar, dalam hati kenapa nenek dia angkat tangan aku ni. HAHAHA!


Ni lagi nervous sampai lupa nak pakai LIPSTICK ! aduhh. hahaha. So selepas kami bertunang, sebulan lebih macam tu 1/7/2018 bertunang pula. Bertunang ni best sebab pagi tu buat majlis cukur jambul anak buah hensem tu. Pelamin dari kak Harleny pula ada promo pergh memang lawa. Jom tengok.



Ni candid ni, saya belanja gambar photographer Ekatikah pula. 


Gittewwww. Professional sikit hahaha.


Yang ni lagi best ahli TWB merangkap anak buah sedara, Mawar Nadiah ambil gambar, masa ni dia baru beli Iphone 7 okay, kau hado ? haaa fefeeling sambil pegang bunga. Gambar ni ada kat Instagram personal saya, ambil situ je hahaha.

Sampai di sini saja bab bertunang ni, tunggu bab kahwin semoga urusan kita semua dipermudahkan, aminnn. Pesanan penaja macam biasa, nak Shaklee, nak TWB boleh direct je whatsapp okay. Terima kasih baca sampai habis. 

Shaklee Independent Distributor
Nurul Ain Mahat (1263014)
FB : Nurul Ain
http://www.wasap.my/6017-2635946
Email : annebubu21@gmail.com
Order Shaklee Online dan pos ke seluruh Malaysia 
 COD Shaklee kawasan : Bangsar, KL, Batu Caves, Shah Alam, Gemas, Melaka























 
Copyright 2017 Reserved to Cik Nunu Design By Cik Nurfarah