Wednesday 10 October 2018

Sepasang Baju Sanding (Part 2)

Assalamualaikum wbt...

    Hai semua, sambungan dari kisah sebelum ni yang pasal baju bersanding tu, kalau belum baca bahagian pertama ada kat sini tau Part 1

    Okay bersambung dah lepas tempah 'coat' tu kan. Masa tu hari Ahad. Kira selesai la tu dia dah cakap dengan tokay tu hari majlis kami Ahad depan tu, tunang akan datang Melaka tidur dengan adik dia dan sedara-mara semua kat chalet berdekatan rumah mak abah saya. Masa ni baju nikah pun dah tempah, mula-mula Ezanabil ni sediakan baju nikah perempuan tanpa baju nikah lelaki kan, nak cari kain untuk lelaki tapi contoh baju perempuan kan tiada kat tangan. Jadi tak nak la nanti baju saya tona warna lain dari pengantin lelaki. Masa bertunang salah satu hantaran tu pun dah siap kain untuk nikah. Dia kata tak sempat nak tempah la apa semua.

      Pergi la Jakel cari kain untuk baju nikah lelaki, nak buat perbandingan pakai gambar dalam telefon je memang tak dapat la. Staff Jakel tanya tak ada bawa baju ke, tunang jeling je saya hahaha. Ada la membazir masa dalam sejam lebih kat situ, geram je masa ni sebab kain baju nikah memang semua dah ada kat KL tapi dia nak pergi Jakel beli kain baru buat apa. Lepas dah berkokok kan dia tanya kain nikah saya kat mana, eh dah seratus kali ulang ni, ada kat rumah Bangsar laa, pastu dia kata okay esok saya balik kerja dia ambil pastu terus tempah baju.

Kan senang ? rasa nak blender je otak dia.

brain blender


      Lepas tu kami pun pergi kedai kawan dia yang terima tempahan baju, tanya untuk baju nikah tu. Bayangkan la dah malam pun mereka masing kat kedai jahit tu menjahit suami isteri. Iya weh dua-dua pandai menjahit. Hari majlis kami pula 9/9/18, tengok lah cuti apa. Hahaha. Dengan orang tempah baju raya haji. Tapi sebab yang lelaki ni kawan lama, dia senior tunang saya. Jadi dia kata akan siap juga sebelum tunang saya balik untuk majlis. Terbaik kan.

       Pendekkan cerita, 2/9/18 baju nikah pun siap. Waktu ni balik kerja terus pergi kedai jahit tu untuk cuba baju. Loved it..! Cantik betul dia buat, saya minta details butang kat lengan and belakang badan. Memang cantik terletak, tak ketat tak longgar, elok sangat. Senang cerita baju saiz kita sendiri memang lagi terbaik la dari baju saiz lain lain, so saya tolak baju nikah Ezanabil, dia kata boleh ganti baju sanding Bollywood, warna pink..! on tak on..? Saya on jela.

       Tolong ingat walaupun masa ni 'coat' tunang saya dah on the way nak siap, tapi saya tak boleh nak book baju purple tu lagi sebab nak kena confirm betul betul. Stress kan..?

      Untuk veil pula kan saya ada PM kawan lama sekolah menengah kat IG nak sewa veil nikah tapi dia tak reply weh, bukan lambat reply terus tak ada reply. Kita ni nak membeli ke bagi duit kat orang kita cari sedara dulu lepas tu kawan-kawan baru lah orang luar, tapi tak reply macam mana you bisnes..?

     Masa tunang veil dipinjamkan oleh officemate saya Ekyn, tapi saya bayar juga ikut harga sewa pasaran sebab support member yeehaaa cuma masa nikah ni kawan akak dia dah pinjam veil tu dulu, hahaha. Jadi saya sewa kat butik pengantin yang dekat dengan rumah. Butik ni pun mula-mula mak saya ajak tengok tapi saya tak nak sebab kakak saya kata yang tukang mekap dia bapuk lepas tu make up macam opera cina, hwaaahahaha.

veil putih

      Veil dapat lepas tu pasal inai pula, hahaha ingat nak celup sendiri je tapi taknak la ambil apa-apa risiko tercomot. Jadi disebabkan saya tak tahu dan tak kenal siapa yang buat inai kat Melaka ni. nak senang saya buat posting kat FB je tanya siapa ada kenal orang buat inai kat Melaka kalau boleh berdekatan sekian sekian tempat. Sebab nak minta datang rumah kan nanti ada caj perjalanan. Ramai la kawan-kawan yang komen, terima kasih korang.

      Saya pm la sorang sorang kan hahaha. yang mula mula ni masa tarikh tu malam dia tak ada sebab dia balik kampung kat Johor. Lepas tu saya pm la yang lain sampai kat sorang ni nama Mira dia on je waktu tu. Masa ni dah hari Jumaat, kami set datang esok hari Sabtu biar inai tu cantik lagi kan. Masa ni tak tengok fon dah memang kat rumah duk berkemas je, bahulu untuk semua orang datang dah sampai. Saya la duk sumbat dalam goodies bag, buat kerja ni depan pelamin tau..!

inai kahwin

Baru mula, bangku pun dia bawa siap-siap.

inai melaka murah

Tangan dan kaki is done~

Selaku pengantin yang rajin, mak saya pun penat macam macam dia siapkan, so saya duk packing bahulu depan pelamin. Abang saya kata kenapa beli bahulu tu, rasanya 600 keping, sebab bahulu tu besar. Cadangan dia ni macam beli bahulu kecik lagi banyak kat kedai bakery. Mak saya kata ni beli kat IKS, tempat industri kecil dan sederhana. Mak saya kata orang kampung buat, bila lagi nak support orang berniaga waktu majlis macam ni la. Oh mak so ohsem laa.

tempahan bahulu kahwin

Dalam plastik ni ada 25 keping bahulu saiz sederhana, semua ada 24 plastik. Kerja pengantin adalah ambil satu bahulu masukkan dalam plastik biru tu, susun semua dah siap 25 keping masuk balik dalam plastik merah. Disebabkan kita ambil gambar sendiri tak ada la wajah kita tengah membungkus.

inai celup

Lepas tu ada orang tu hantar gambar inai, HAHA. Mula-mula kata kenapa tak beli dari KL, hello tunang you ingat kat Melaka tak ada orang jual inai ke..?

Malam Sabtu pun habis dengan tunang bagi gambar inai je, lepas tu dah kena inai sampai ke sudah tak reply. Saya dengan pengapit putih gebu saya menyiapkan hantaran, hantaran bahu ke hantaran jauh ? Lepas tu kami tidur, atas katil pengantin yang dah siap cadar satin pink hahaha.


Gambar dari tangan yang longlai dari atas katil, jadi lah ni. Jom tidur.

==========================================

Esok kita nikah..! so bersambung lah esok Part 3
















Tuesday 9 October 2018

Sepasang Baju Sanding

Assalamualaikum wbt…

       Ikut pada tajuk kan, seperti yang saya janji kan nak cerita kisah baju pengantin atau baju bersanding saya dan suami. Saya kalau ikutkan nak tulis dan terbit kan awal tapi masa balik kampung cuti kahwin tu laptop tinggal kat rumah sewa, masa tu rumah sewa lagi la kan. Tapi ni dah siap, jemput baca hahaha. Kalau nak baca bertunang kat sini ya.

       Lepas majlis tunang dah set tarikh semua, mak saya kata pergi butik yang akak saya ambil service masa dia kahwin dulu, ada banyak baju lagi pun dah kenal banyak diskaun. Masa tu ye kan je la, sampai kawan baik saya Fatihah ni dia screenshot gambar gambar baju sanding dari dua butik. Satu butik ni dekat je dengan rumah satu lagi pun tak jauh mana pun dekat sekolah menengah saya dulu dulu je. Ada macam kawasan industri yang baru buka. Kita biasa pergi yang depan depan je sekali dia jauh dalam lagi FASA 4!

       Lepas tu kan dua orang tu satu butik lelaki Nazirul kalau tak silap, satu lagi Ezanabil. Saya tengok dua dua masa ni dah rasa baik pilih yang perempuan nanti boleh cakap macam macam, baju yang nak sorok lemak ke kan kalau lelaki kang nak acu baju malunya. Duk belek belek instagram mereka, dan baca komen harus lah kan. Ezanabil ni banyak post make up dia sekali, memang cantik la kan, masa saya tunang make up saya kena kecam hahaha. Kena pula sepupu sepapat, kawan kawan, anak buah pun kaki make up dan PANDAI MAKE UP selalu pergi kelas MUA, duhh.

      Kawan baik saya Naima duk cakap kenapa dia tak letak highlighter atas bibir ? Gincu kenapa gelap tudung pun gelap. Dan make up artist masa tu lepas ambil gambar dia balik, saya adjust tudung, anak buah tanya kenapa mak andam tak buat kan ? ah sudah. Anak Shaklee saya Intan datang siap keluarkan gincu merah dia suruh pakai sebab gelap sangat tenggelam. Nasib baik lah jurufoto saya Ekatikah ambil gambar cantik!

      Banyak la cadangan cadangan, dengan cuti hujung minggu saya mesej Nazirul dia tak balas, entah nombor tak update ke saya salah taip ke apa tak tahu, saya mesej Ezanabil dia balas dan BUKA HARI AHAD. Pagi tu dengan mak abah saya lepas dah pergi pasar beli ikan sayur semua, hantar barang basah tu balik masuk peti ais, keluar balik terus pergi butik.

      Sampai terus tanya boleh fitting tak, dia kata boleh. Saya cuba la satu, lepas tu tanya nak cuba lain boleh ke, dia kata nak cuba yang lain kena bayar deposit. Saya pun okay jela memang bawa duit kan. Masa tu cuba warna krim. Minggu depan nya tunang, saya dengan mak saya datang la cuba krim tu untuk yang lelaki saya pun pakai sekali yang dah cuba minggu lepas. Ambil gambar, tadaa.



      Tolong ingat bahawasanya waktu ni saya belum mula lagi Projek Detoxslim okay, :D


Ni pula tunang tembam, dia punya saiz ni okay ngam ngam.

        Lepas tu kan kira macam okay dah setuju, balik rumah makan puas puas sebelum mulakan diet makanan sihat. Okay satu lagi, sebelum lupa pakej Ezanabil ni RM3000 untuk satu baju nikah perempuan sahaja, sepasang baju sanding lelaki dan perempuan, make up nikah dan touch up untuk sanding, pelamin termasuk segala renjis renjis gelang sanding semua ada, kasut je kena cari sendiri.

       Tik tok tik tok, masa berlalu dan dua minggu lepas tu mak saya cakap kenapa haritu terus bayar deposit, patutnya jalan jalan la dulu pergi tengok butik lain. Okay macam saya cerita awal tadi butik ni kat FASA 4, kawasan baru. Kita biasa jalan depan je ni masuk kawasan rumah orang tanya tanya ramai belum tahu, call tak jawab sebab – nombor whatsapp bukan nombor call, peniaga kena ambil perhatian. Bagi je sama nombor call dan nombor whatsapp. Jadinya abah saya ni tak suka berjalan, masa pusing pusing tu saya tenang jela sebab saya yang bawa kereta, kalau tak tenang saya balik je. Tapi abah saya yang kata kalau dah pusing sana tak jumpa juga, BALIK! Hahaha.

       Saya bagi la alasan tu pada mak saya, hehehe. Lepas tu mak saya kata warna krim atau putih yang cair cair ni dah pakai masa nikah, sanding cari la warna terang, garang macam merah ke. Sebenarnya saya pun fikir yang sama jadi saya tanya tunang, dia pula kata saya la yang pilih krim. Hahaha.


Okay ni bukan saya hahaha, tapi nak cerita masa fitting dengan mak saya, ada lah pakai baju ni. Tapi lengan jarang sangat, kain lining pun senipis kulit bawang. Kena pula dengan kita yang berisi ni, mak saya cakap "pengsan tok imam kang", hmmm ye la untuk elak pak imam pengsan kita tukar lain.


HAHAHAHA ya Allah baju ni cantik tapi itulaa hahahaha.

       Waktu ni setiap minggu saya balik, jadual saya cuti setiap Ahad dan Isnin memang tak boleh kompromi la saya balik sebulan tu 3 kali. Waktu nak cuba baju pun tak dapat sama dengan tuning, saya akan pergi cuba sama ada dengan mak abah saya, dengan mak saja atau dengan Fatihah tu. Nak di jadikan cerita, satu hari saya datang hari Ahad dengan Fatihah ni, ada satu gaun ni yang sebelum ni saya datang tak pernah ada. Waktu ni saya dah seminggu Projek Detoxslim dan dah turun 3.2kg hihi.
Saya terus ambil gaun tu dan tanya pekerja dia, kenapa sebelum ni tak ada baju ni ? dia kata baju ni baru lagi, custom made untuk satu pengantin ni jadi dia baru pulang. Baju tu tak ada jahitan kecikkan atau besarkan, ngam ngam je. Jadi saya cakap nak cuba, cuba lah. Ya ALLAH saiz saya !!!


Ini gambar pertama Fatihah ambilkan.

        Nampak tak muka happy nya dengan tudung pakai haritu pun sama warna, jodoh sangat. Terus saya BOOK..! hahaha. Pekerja tu pun tukar kat resit baju saya, sorok baju tu kat dalam bilik lain dalam butik tu.  Balik KL kerja macam biasa okay. Lepas tu minggu tu saya tak balik la asyik tiap minggu balik, tapi tunang ada hantar pekerja dia ke site Melaka jadi dia singgah cuba baju. Baju sanding yang ni pasangan nya ‘coat’ jadi dia cuba dua pasang, hitam dan kelabu. Tahu tak dua-dua tak muat..! hahaha ya Allah stressnya masa tu memang punca weh.



         Lepas tu cuba baju songket biru ni, macam ni lah rupa dia ala ala Frozen sikit. Sebabkan tak suka, dan masa ni baju lelaki muat, dia ada datang fitting waktu lain, masa saya datang dengan mak dengan abah je jadi tak kenan langsung nak ambil gambar. Ni pinjam gambar kat IG butik tu. Baju ni depan dia singkat. Saya tak berkenan langsung, memang nampak depan kaki saya. Lepas tu tunang kata nanti bulan 10 ada persidangan kat Putrajaya nak kena pakai ‘coat’ jadi dia pun sudi tempah kat kedai. 

       Masa ni tinggal lagi 9 hari ke majlis kami. Tapi dia kata nak pergi satu kedai ni, kami pergi esok. Okay 8 hari lagi. Tokay tu kata dia cuba, ala ‘coat’ murah weh dalam rm900 je, tapi nampak la tokay ni curi untung dari rakan kongsi dia sebab kertas karbon tu dia tak tulis tunang saya dah bayar, dia transfer online sebab tak bawa tunai. Dia tulis kat resit baki bayaran lagi rm500. Keluar tu saya kata dia mesti songlap tu tengok  atas resit tunang ye dia tulis rm900 tu tapi tak lapik dengan salinan syarikat dia, heyy tokay ni tapi dia mana ada halal haram semua halal. Tunang kata okay la ni kat luar lagi mahal, adoiii.

Panjang kan entry ni. Bersambung part 2 okay.
























Wednesday 3 October 2018

NOTIS BERHENTI 24 JAM


Assalamualaikum semua.
                Hari ni dapat berita yang mengejut dan saya ingat tak ada lagi dah berita macam ni. Kawan saya ada adik yang bekerja di salah sebuah syarikat yang mengambil bahagian dalam Skim Latihan 1 Malaysia, yang katanya memberi peluang pekerjaan kepada semua graduan Malaysia.
                Adik dia ni nama Ira, dah setahun dalam SL1M ni di syarikat tu, sebelum ni pengurus dia kata lepas habis SL1M ni akan dapat sijil dan juga dia akan serap Ira ni kerja situ. Kiranya sambung terus jela kerja tak payah fikir apa, dan dia kata Ira ni akan BEKERJA jadi bukan SL1M lagi dan tangga gaji dia pun lain. Pengurus tu cakap gaji mula dia nanti rm2500, suka la dia kan kita yang dengar pun suka la tak payah susah susah cari tempat lain. Lagipun kerja dah setahun semua dah biasa buat mesti pekerja cemerlang lah nanti.

                            skim+latihan+1malaysia.jpg (320×194)

Sekali……
                 Lepas dah habis tempoh SL1M dia tu, hari kedua yang bukan SL1M dia datang kerja, Pengurus Besar yang atas lagi dari pengurus yang berjanji tu singgah melawat kawasan. Ira ni kira belum ada macam tag nama yang sesuai, cop pun dia takda lagi. Belum disediakan la kiranya.
                
               Pengurus Besar Tanya sikit sikit, masuk bilik pengurus lepas tu tengah hari dia balik. Tengah hari tu juga Ira ni dapat notis berhenti 24 jam. Maksudnya hari tu lagi separuh hari lagi dah last day, ya Allah geram betul dengar kisah adik kawan saya ni, budak tu tunggu setahun dengan janji janji manis terus kena serap la apa la. Tahu tahu ni pengakhiran dia, menangis la dia cakap kat kawan saya ni pastu kawan saya terus suruh balik. Ye la nak buat apa lagi kan kat situ.

                Senang betul kan buang pekerja ? kalau ikut kan Ira ni memang belum ada surat tawaran lagi dan SL1M dia pun memang dah habis tempoh setahun, jadinya semua nasihat orang pasal saman la pampasan ke apa semua tu memang tak boleh, tak layak, tak ada kes pun nanti. Tak sangka kena, saya ingat kan Telco yang biasa terminate orang sesuka hati.

                Sebab saya dulu ada la sekejap SL1M dekat Celcom tu, tak nak pun tunggu setahun, saya bertahan 5 bulan je. Berhenti pun sebab pengurus ikut suka hati pindah kan saya dengan kawan saya dari outlet tu ke outlet Subang Jaya, minta cover kan sebulan. Sebulan weh tak boleh jauh lagi ke ? terus la notis 24 jam saya bagi. Nak cakap macam macam hitam putih saya ada, dalam kontrak tak cakap pindah pindah ni. Heret mahkamah kang. Dah dapat surat cinta saya pengurus saya pujuk pujuk, sorry bye bye.
               
             Tapi nak kaitkan cerita saya ni dengan Ira, masa saya dalam SL1M tu lagi, sebelum kena pindah semua tu kan. Ada satu hari ni seorang staff kalau tak salah la, cerita lama kan takut lupa, dia dipindahkan dari outlet KLIA ke Jalan Ampang. Jalan Ampang ni tempat saya la kan. Dia okay je kemas, datang tak pernah lewat, senang cerita tak ada apa yang menyakitkan hati. Tapi sebelum dia datang entah betul ke tidak, kami dah dibasuh dengan cerita yang katanya dia ni adalah pernah buat hal kat outlet KLIA jadi dah nama pun customer service, kalau dia kat outlet sana lagi nanti pelanggan sama datang tengok dia kang lagi banyak kes. Pengurus dia pindahkan dia.

                Satu hari saya dijadualkan dengan dia dan sorang lagi kawan kami ni, waktu lenggang boleh la berbual segala kan. Saya tanya dia memang minta pindah sini ke, dia kata dipaksa pindah. Kenapa pula macam tu, dia kata ada lah pelanggan macam ni macam tu apa semua kan. Akhirnya tu dia kata, pengurus dia sebenarnya cari alasan je sebab dia dah 5 tahun kerja, Celcom tak nak naikkan lagi gaji dia. Kan setiap tahun naik gaji, lagi pula Telco setahun tak kurang rm300 naik.
                Dia tunjuk gambar dia cerita lagi ni dua orang dah kena pindah dah kena berhenti sebelum dia, dan dia buka cerita sebenarnya dia lagi 6 bulan je kat Jalan Ampang ni. Waktu ni dah macam haa ? lepas tu pindah mana lagi. Dia kata lepas tu berhenti la cari kerja lain.
                 Saya duk layan cerita dia semua dah apa yang saya dapat adalah. Dia ni dah kerja 5 tahun dengan Celcom, kat KLIA tu baru 2 tahun sebelum ni kat branch atau outlet lain. Sebelum dia dipindahkan sebenarnya dia dan 2 lagi kawan dia tu patutnya sama sama dapat notis 6 bulan, tapi boss dia ni macam tak suka dia sebab dia selalu persoalkan tindakan boss dia. Jadi dia tak tahu, bila tinggal lagi sebulan setengah macam tu baru kecoh yang dua orang lagi tu akan diberhentikan, kisahnya pula dua orang ni tahu yang nama dia pun kena tapi masing masing sedih so buat diam jela. Sampai member sorang tu tanya dia ‘kau nanti macam mana? Kerja mana lepas ni?’, kalau korang tiba tiba kena tanya macam ni, apa jadi ? hahaha.
       
                           



               Dia tanya lah kenapa tanya dia macam tu. Selepas kantoi dia pun akan diberhenti kan dia terus jumpa pengurus dia. Sepatutnya pengurus bagi tahu semua sekali masing masing notis 6 bulan tapi boss ni tak bagitahu dia sorang je, surprise!
                Terus dia nak mengadu kat pihak atasan nak saman Celcom. Pengurus dia pujuk, tipikal sangat kan adoi. Maka jadilah kisahnya, sebulan tu dia habiskan kat KLIA dan pindah Jalan Ampang bagi lagi notis 6 bulan baru. Tapi dengar dia ada dapat pampasan juga. Ini beliau, lelaki, kalau orang lain mungkin pasrah menyerah je tak nak pertahan kan maruah masing masing.
                Dari sini banyak saya cari info rupanya SL1M ni kerajaan bayar sorang graduan rm1000, manakala lebih lagi tu company yang bayar, contoh Maybank rm1800 dulu. Kerajaan bayar rm1000 balance rm800 tu company bayar, untung nya company tak payah nak simpan pekerja lama kena bayar sorang rm3500 ke rm4000 yang level executive dah kerja lama kan.
                Jadi berhentikan yang lama lama dan ambil semua graduan SL1M ni, bagi janji janji setahun lepas tu dah, tunggu graduan baru pula. Kitaran ni berpusing sampai la sesuatu berlaku.
                Kita kena pandang semua yang terjadi di sekeliling kita dari segenap aspek, jangan terus oh baikknya nak tolong kita. . Masa depan kita tak tahu.
                Okay itu jela cerita hari ni. Teringat ingat lagi zaman tu, tak apa la Ira ada rezeki  lebih lagi tu Allah nak bagi kat tempat lain. Percaya !












 
Copyright 2017 Reserved to Cik Nunu Design By Cik Nurfarah