Thursday 7 October 2021

Cara buka Buku Merah/Buku Pink di Klinik Kesihatan Selayang Baru

 Assalamualaikum para mommies.

Hari ni cerita pasal cara nak buka buku pink sebab masa saya nak buka buku pink dulu, duk cari cari ada ke orang tulis step by step cara buka buku. Tapi kena tahu juga kalau di swasta lain, klinik kerajaan lain. Lepas tu setiap klinik kerajaan pun lain lain, sampai kat nurse pun kadang lain cara masing masing.

Seperti yang semua sedia maklum, sebab kan covid melanda jadi semua ni nak kena by appointment. Dah buat carian online pasal nak buat appointment untuk KKSB ni tapi takde untuk buka buku pink atau untuk bahagian Ibu dan Anak. Saya search tahun lepas ada untuk KK negeri Johor je untuk buka buku ni. Negeri lain ada appt untuk pesakit luar, medical check up, pra-perkahwinan, pergigian dan kes ringan. Tak semua KK ada appt untuk semua yang dalam senarai tu, korang kena check dulu.

Oleh kerana KKSB ni tak ada option appt Ibu dan Anak online, kena la call. Mula mula saya call number klinik yang memang ada kat Google, senang kan. Tiga hari berturut call dari 7.30 pagi, 8 pagi, jarak jarak antara waktu yang saya rasa diorang akan jawab pun tak berjawab. Lepas tu tanya kawan yang sebelum ni mengandung pun memang check kat KKSB dia pun bagi number yang sama dalam buku dia. Sampai ke sudah tak berjawab saya pun kata kat husband nanti kita datang pagi pagi. 

Pada hari tersebut, korang jangan ingat terus boleh siap. Sebab kan tak ada appointment, yaaa macam mana nak ada appointment nya pun call tak jawab hehehe. Sambungan cerita saya tulis sambil cerita step di bawah.

Ini cara untuk buka buku pink di Klinik Kesihatan Selayang Baru pada tahun 2021.

1. Datang ke KK Selayang Baru, biasanya parking motor jela ada kalau kereta tu harap maklum jela. Husband biasa hantar saya depan gate je, masuk pun sesak. Dari pintu gate tu untuk ke bahagian Ibu dan Anak korang terus ke bahagian paling kiri bangunan tu. Nanti ada signboard tulis Klinik Kesihatan Ibu dan Anak. 

Dari rumah atau tgh malam hari tu korang dah boleh kemaskini status Covid-19 dalam MySejahtera, sebab nanti masuk pintu tu akan ada dua orang nurse jaga kat depan tu untuk tengok status covid tu dan jugak akan tanya appointment korang, kadang ada nurse dia nak tengok appointment tu. Pengalaman saya kadang waktu klinik penuh memang akan check sorang sorang betul ke datang ni ada appointment, kalau takde korang kena tunggu lama la untuk jumpa nurse mana yang jaga kawasan tempat tinggal korang.

Norma baru macam biasa scan MySejahtera, QR tu ada tampal kat meja yang nurse tu duduk, check suhu kat dahi, ni depan meja nurse tu ada mesin check suhu tu. Lepas tu tunjuk status covid yang dah kemaskini.

2. Sekiranya korang tak ada appoinment, dari bahagian scan depan tu belah kiri korang akan nampak kaunter. Kalau ragu ragu tanya je nurse kat depan tu nanti dia bagi tahu nak pergi mana. Pergi kaunter tu dia akan tanya tinggal mana, lepas tu dia suruh masuk pintu yang ada nombor, yang ni tak tetap la sebab ikut kawasan mana yang korang tinggal. Tapi arah semua pintu ni selari je dari pintu depan tadi, tegak je.

Nanti bila jumpa nurse walaupun korang dah bawa semua dokumen (macam saya) still tak kan buat hari tu, mungkin kalau KK korang tak ramai orang boleh kot tapi masa ni pagi paham paham jela. Nurse akan bagi tahu bawa dokumen apa, pernah datang ke, dia akan tanya soalan soalan basic ibu, lepas tu bagi tarikh dan bagitahu masa tarikh tu nanti nak buat apa. 

Waktu ni dia beri saya kertas stick note tu ada nama, ic dengan tarikh dan waktu next visit.

3. Sekiranya korang dah ada appointment, ada appointment masa ni belum ada buku tau, tak ada apa apa pun. Saya bawa file yang ada report and detail scan baby, dokumen yg diperlukan dan stick note tu kena tampal kat IC. Masuk and scan MySejahtera macam biasa, IC dengan stick note tu letak kat bakul kaunter pendaftaran. Alaa bakul tu muat muat kertas A4 lepas tu depan bakul tu ada tulis 8am dengan 9am. Letak ikut masa appt korang.

Kat sini tepi kiri korang ada paper cup dan sebatang pen. Kena buat urine test. Ambil paper cup tu tulis nama, pergi ke toilet. Okay toilet ni dekat je keluar balik pintu tadi, belok kanan dah sampai. Kiranya kalau bahagian Ibu dan Anak ni dah kata hujung, ni sebelah dia yang paling hujung nak ke pagar dah.

Lepas dah pee in the cup, masuk balik and kat sebelah tempat check suhu korang ada tulis tempat urine. Ada tong sampah kuning tu, sebelah dia ada macam para untuk letak paper cup tu. Korang letak dulu kat situ, nanti sekejap sekejap akan ada nurse jerit sape lagi nak check urine, datang ambil cup nama korang and tunjuk depan nurse, dia akan check dan bagi korang sekeping kertas kecil, ni kena simpan nanti nurse in charge korang nak. Korang boleh ke toilet lagi untuk buang urine tu and tong kuning tu pun ada dalam toilet tadi.

4. Nurse di kaunter pendaftaran nanti akan panggil korang dan bagi number suruh tunggu kat pintu mana, tapi semua tu pun selari dengan pintu masuk tadi tegak je tunggu situ. KKSB bukan besar sangat kan. Masuk je cakap nak buka buku pink. Kemudian dah dapat pintu mana (A,B,C,D) kalau tak silap ikut kawasan alamat rumah yang kita duduk sekarang, nanti nurse panggil dari pintu tu masuk je.

5. Masa ni dah senang sebab dah jumpa nurse in charge kita dari buka buku sampai la beranak dengan nurse tu je, jadi kena baik baik cakap dengan diorang. Sehari beratus kes kena layan. Waktu ni bagi kertas yang dapat masa check urine, banyak la info kena bagi termasuk copy sijil nikah, tunjuk IC, details scan baby kat klinik swasta yang saya ada sebelum ni. Buku tu dia tulis depan kita, lepas kena ambil darah kat bilik lain. Bilik tu depan kaunter pendaftaran. 

6. Lepas dah ambil darah yang dah siap isi dalam tabung uji, kita kena hantar sendiri ke makmal. Nanti nurse bagitahu lalu mana sebab first time kan, kalau tak pun masa dia cakap hantar makmal tu korang tanya la kat mana ye nurse. Dah hantar balik semula tunggu depan ruang menunggu nurse in charge kita. Dalam 15 minit nurse akan panggil, keputusan darah tu makmal akan up dalam sistem dan nurse kita bagitahu keputusan. Bergantung kepada keadaan rasanya sebab ada kawan saya masa buka buku dia tak jumpa doktor, tak scan. Saya tak jumpa doktor juga tapi nurse tu scan perut. 

Selesai semua tu dan tarikh temujanji seterusnya dah ditulis dalam buku pink tu, awal awal ni selang sebulan je lepas tu akan makin rapat setiap 2 minggu hinggalah setiap minggu. Mungkin nanti klinik akan lebih upgrade sebab situ memang penuh orang. Sekian dari kami (me and baby).

















Sunday 29 August 2021

Happy Birthday My Husband

 Assalamualaikum wbt semua..

    Yeay birthday! Kali ni dah boleh dine in so kita akan dating kat luar. Untuk birthday beliau kali ini saya dah siap beli segala belon nak deko kat rumah. Balkoni dah ada beli pokok gantung gantung, nak tampal kat dinding belon HAPPY BIRTHDAY, bunga buat sendiri harap maklum. Sebab sebelum tu ada mesej kawan yang buat planner ni tanya bouquet tapi dia seen je weh. Kita risau laa terus back up plan.

sudilah kiranya tuan hamba menerima gubahan bunga ku ini

     Lepas tu balut hadiah macam biasa laaa barang semua dah ada, kertas pembalut, reben semua. Kad ucapan hehehe. Malu nak tunjuk sini tapi puas hati laa panjang berjela tulis, ada stamping ada sticker semua. Buat sendiri memang gempak laa. Dulu time bercinta kad birthday dengan kad raya memang 100% efforts okay beliau buka sampul je muka sudah merah merah nak cendol. Dia pun tak pernah lagi kalau kad ke bunga ke wish yang typing or orang kedai buat, semua tulis sendiri baru feel hehe.

    Malam tu kena pulak dia tidur sebelum tengah malam ye. Bila dah tengah malam tu on lampu lilin kecik tu wish laa happy birthday dengan doa doa semua. Kiss sikit aaa gitu. Tengah malam tu tiup belon sorok kat bilik lain. Bila dah bangun pagi tu buat ape yang patut semua dia masuk bilik, kita pun buat kerja kat luar tampal belon senang je pakai double sided tape. Letak hadiah and bunga kt sofa, panggil dia ambil gambar. Kena keluar bilik cepat la sebelum kaki empat tu carik carik segala barang, masa tu pun tali kat belon dia dah gigit and tarik. Malam tu lagi laa berapa kali bunyi belon meletup dia buat kerja dalam bilik tu.

Happy Birthday my love

Bunga, hadiah dalam kotak & kad ucapan

     Mulanya pagi tu nak ajak makan pastries dengan kopi kopi laa tapi dah ramai call dia nak ucap selamat hari lahir, sampai kesudah. Kita pun keluar jela lepas Zohor. Dah lama nak pergi sini tapi baru hari ni rezeki nak datang sini waktu hari jadi dia. Kami dating kat Secret Of Louisiana at The Lake.

    Masa datang ni ada satu geng je 4 orang tengah makan selang 3 meja dari tempat kami. Duduk tepi tasik ni kan kadang tu rasa macam kerusi dengan meja tu beralun sekali sebenarnya hanyalah mainan mata. Tapi wow kalau layan boleh pening ye, pandang la tempat lain. Seberang tasik sana ada orang berkelah bawah pokok, ada yang baring baring atas yoga mat and ada juga yang memancing bawah bahang matahari tu. Masa tu panas lagi ya belum redup.

    Menu semua dia yang pilih sebab portion tu dua orang makan, kita boleh je makan apa dia makan. Pineapple juice sini sedap ye emm. Beliau order air tembikai. Ceritanya dia order seafood platter kot, memang dah cakap 30 minit kita pun okay je layan angin tepi tu. Tapi haus ye masing masing habis air order lagi. Air dia entah la tak letak gula kot so sedap manis manis buah gitu je.

Roti panas ni dalam dia lembut, dip dengan cheese dengan minced beef tu sedappp. 

Side salad dia, coleslaw biasa laa memang sedappp.


Pineapple and watermelon juices
     

     Penantian bersambung dalam 15 minit kot. Sepanjang 15 min tu staff diorang datang je and bagi tahu berapa minit lagi untuk yang seafood tu, and tanya ada nak apa apa lagi ke. Nak ambilkan gambar ke hehehe.


Sampai pun yang berhormat paling sedap. Macam risotto dengan pelbagai seafood, nama tak ingat ye tapi ada tulis seafood.


Semua dah cukup kita ambil gambar buat kenangan dulu hehe

    Makan dengan sangat berselera sebab dari pagi menunggu kan, kat rumah minum je sebab memang nak keluar dating makan. Memang best sebab persekitaran dia view cantik and tenang tak ramai orang, berangin tapi bukan yang panas tu lagi pun kipas kat restoran ni besar besar and banyak. Makanan pun kita bagi 4.7/5.0 hehe. Okay okay lepas dah makan tu nak kena manis manis mulut. Order la kek dia pun suka kek, dia pilih la.


Happy Birthday ucuk acam

Kena laa ada sekali muaahh

     Kek coklat tu sedap yer, dia macam dark choc and ada berlapis lapis. Bottom layer macam biasa yang biskut hancur tu, lepas tu ada layer macam cream alaa macam indulgence tu, lepas tu ada layer yang thick betul dark choc dia. Sedap laa sebab tak manis melampau. Rasa dark choc dengan cream tu punya manis je. Dah habis sambil berbual pun waiter dia datang tanya semua cukup ke okay ke nak ambil gambar lagi ke nak tambah ape ape ke. Memang best ye.

    Okay sebelum balik tu ada singgah Adidas hehe, beli masing masing dua pasang baju tshirt. Pulang ke rumah.

    Lepas maghrib tu kita ada pusing pusing keluar naik moto, alaa kat KL nak kemana jela pusing jela dataran merdeka tu. Bawa slow slow kan jadi la. Ingat sebelum balik tu nak singgah mana mana beli kek. Secret Recipe tutup, pergi Starbucks Times Square depan tu je kan senang tak jauh nak parking. Tutup sudah hahaha. Jom laa balik.

    Selagi tak habis hari birthday dia ni kan. Ingat tak lilin pacak kek siang tadi? tu tak menyala lagi. Kat rumah ada buah anggur hijau seedless yang rangup tu, mahal tapi sedap dia memang suka. Guna la buah tu basuh bersih and potong buah oren. Pacak lilin tu hehe.

Ingat tak deko balkoni? tu daun gantung berjurai hahaha. Ye balkoni pun ada lilin

Kita suruh pandang sini, pandang lilin buat apa. Okay sebenarnya bawah lantai tu ada nyalakan lilin kecik tu banyak tau. Tapi bila ambil gambar and video seram ye tak rupa macam lilin hahaha. So hmm tiup padamkan, lilin atas jela eh syg.



    Sekian dari kami sepanjang hari jadi beliau, happy sebab suprise semua smooth je. Terima kasih sudi singgah baca.



Friday 30 July 2021

Kucing Baru

   Assalamualaikum semua semoga sihat sihat belaka.

      Pada minggu lepas kami dah adopt kucing baru yeay. Punya lah tembam so kita bagi nama Chonky. Kucing jantan juga sama je macam yang sebelum ni Milo pun jantan. Mula-mula ambil ni kawan saya kata nanti kawin kan laa dengan BSH sebab bapak Chonky ni BSH, mak dia munchkin. Dia kata kalau contoh ada 4 kittens, satu tu mesti munchkin. Itu awal-awal laa, dah lepas tu dia cakap kalau nak bagi Chonky gemuk lagi suruh neuter je lol, lagi gemuk nanti hmm taik makin besar la kan. Lepas tu nak angkat dia lagi laa hahaha. 

Ni fresh dari carrier dia dah sampai rumah

    Okay awal-awal ambil Chonky ni saya memang dah tahu dia ni toilet trained, dia memang membuang dalam toilet atas lantai, not the type yang boleh menonggeng atas seated toilet tu. Jenis tu pun ada tapi training lain la kot hahaha. So malam ambil ni memang takde pasir, kawan saya pun lupa nak angkut pasir dia. Ikutkan lepas pindah kalau nak continue lagi dia punya toilet train ni kita kena kurung dia dalam toilet mana yang kita nak dia guna. Letak makanan and minum dia satu bahagian, dia pandai laa pilih nak membuang kat penjuru mana. 


His siblings, dia yang tengah tu

     Tapi Chonky comel sangat duk menatap muka dia sampai tertido. Nak kurung pun tak sampai hati sebab dia mengiau je. Kalau kat rumah lama dia ada lagi dua adik beradik, ni dia sorang maybe dia mengiau panggil lagi dua tu, tapi dua lain pulak yang duk menyahut. Malam tu saya dah tertidur kat sofa depan tv laa sebab sebelum tu duk usap usap dia, suami dah tidur dalam bilik. Bila bangun Chonky tak kelihatan saya masuk la bilik, dia dah pee on the floor. Nasib pee dia takde bau ape, ikutkan kalau rumah tu bergelap mesti saya dah pijak and jalan je sebab kat rumah pakai selipar bulu bulu tu. Ni memang sebab nak tengok dia kat mana so terang laa, nampak pee dia terus laa lap tisu dulu pastu wet wipes lepas tu spray dettol lap lap lagi and last spray serai wangi haha biar dia tak boleh bau lagi kat situ. Oh ada last, spray perfume yang dah tak suka bau dia + bau perfume yang kuat. 


Bekalan dunia dah sampai, terima kasih semua

    Lepas tu macam hopefully tak berak la sebab kibbles yang kawan saya bekalkan Prochoice salmon dia tak usik langsung. Pagi tu selamat dah membuang atas lantai depan toilet ye, kenape tak masuk je toilet? Hahaha. Jenuh membuang nasib la solid hahaha. Mula macam agak jela dia tak masuk toilet tu sebab tak kering kot, dia membuang pun kita perasan pagi, sebelum tu husband dah mandi situ so lantai basah la. Siang tu buka pintu toilet master room, jarang guna biasa pagi je mandi situ sebab ada heater. Letak Chonky kat situ, ternyata ya memang toilet trained ni nak toilet kering, malam tu dia poo poo situ hahaha. 

Sudut tepi

Muka depan

Sudut pungkoq

Boleh je nak teruskan dia membuang kt toilet, tapi kan dari pengalaman dua tiga kali membersihkan sisa dia, senang lagi pakai cat litter dan kurang bau. Mata pun tak rasa sedih sangat nak kena tengok tahi dia hahahaa. Tak boleh teruskan akhirnya kurung je dia kat belakang, kat tempat litter dia sampai dia membuang. Reti pun weyy nak buang kat pasir dia. Lepas dari itu tiada isu poo pee lagi. Kita guna pasir yang bau Apple. Letak tak sampai separuh bekas, setiap hari dia memang kencing berak ye so setiap hari atau dua hari sekali tambah pasir sikit sikit. Sebab kalau sekali letak sampai seminggu, mana bau Apple nyerr tambah jela bila buang. Bila pasir nak habis beli yang baru, baki kat bekas tu pun terus buang semua and pakai baru, biasanya sebulan sekali habis la satu beg 12kg tu.


8 bulan dah tak baby lagi

    Masa ambil dia ni umur 7 bulan, dah last last baby la orang kata. Manja lagi bunyi pun lembut je, jalan macam nak seret lantai lepas tu dia kan tembun bila jalan laju tu macam bergegar gegar badan dia huaaaaa comel.

Antara selfie awal awal  diorang
    

Suka naik katil, malam malam dia singgah tidur kejap je lepas tu turun tengok mood la sambung tido kat lantai or keluar je bilik. Tapi memang selalu masuk ye sambil meow meow bising, tengok makanan ada je lagi. Saja ni nak attention.

Geram jela dia ni hmm

    Itu jela kisah Chonky ni, insha Allah dah berbulan bulan tak balik kampung ni dah boleh rentas kita balik bawak Chonky. Anak buah dah tak sabar nak gomol yang ni pulak sebab Milo kan dah tua, keluar cari kucing tino balik bila nak makan je. Dah taknak layan budak budak. Entry Milo kat SINI

Okay tu je nak kenalkan kucing, thank you yang sudi baca. 






























 
Copyright 2017 Reserved to Cik Nunu Design By Cik Nurfarah