Wednesday 16 January 2019

Sepasang Baju Sanding (Part 3)

Assalamualaikum wbt..

       Bersambung cerita baju sanding kembang viral saya hashtag perasan, kalau belum baca kisah sebelum ni ada kat sini ya Part 2

Good Morning..! jeritku pada pengapit yang sedang sedap tidur.

        Pagi ni pukul 7 dah minum air dan makan biskut kering dulu. Sejam kemudian entah la berapa ketul ayam goreng dan kari ayam serta nasi impit dah selamat dimakan oleh saya dan pengapit malu-malu kucing. Pagi ni mak saya dah aturkan sarapan untuk family belah tunang. Dari chalet mereka tu dekat je nak ke rumah kami, tapi takkan nak datang sarapan semata hahaha. 

       Jadi mereka makan kat rumah abang saya, tengah tengah la antara chalet ke rumah. Malam tu pun ada dua keluarga kawan rapat dia dah tidur situ. Belakang ada rumah, depan ada kedai makan mak ayah saya jadi kerusi meja semua tak ada hal. Sebelah pula masjid baru siap, fully airconditioned siap WIFI..!

        Mak saya upah orang buat roti canai duk tebar pagi tu, teh tarik ayah saya duk tarik kat situ, special sungguh untuk menantu debab tu. Pastu nasi impit, kari ayam, bihun goreng yang digoreng penuh kasih sayang, lontong dan ayam goreng berbakul bakul masak dari rumah hantar pergi sana. Tunang saya kata mak masak ayam banyak sebab mak saya tahu dia suka makan ayam, ewah ewah.

       Pukul 8.30pagi  make up artist kita pun sampai. Dulu masa akak saya make up dengan sorang mak andam ni dia berdua je dalam bilik, saya tak dapat tengok pun sebab mak andam tu tak bagi orang lain masuk. Tapi sis Eza ni, dia make up, adik dia pun ada susun barang and ambil gambar dan ada sorang lagi staff agaknya, lepas tu ada juga pengapit saya entah macam mana dia boleh terselit sekali. Hebat nya awak Zura, dia selfie je dalam bilik sebelah hantaran, tahu laa tahun depan majlis dia opss.

       Sesi mekap pun bermula, best juga kena make up ni. Biasa tempek muka sendiri je pakai jari atau berus mur mur, ni bila make up artis belai belai muka, dengan primer, foundation campur campur atas plate besi tu, dioles ke wajahku dengan berus MAC, perghh rasa nak tidur. Tapi tak boleh la sebab bila bahagian mata kejap kena buka pandang atas kejap kena tutup. Tak sama macam kita pergi salon rambut atau facial muka, pejam mata terus kroohh dia servis kita dari awal sampai akhir kita kat situ jadi tugu. Mula mula saya kata tak nak pakai kanta lekap, dah 3 tahun saya buat Relex Smile dengan Prof Muhaya saya berazam tak nak pakai, sis Eza dah bawa kan dia pujuk pujuk kata barbie doll apa semua, pakai jela. Tak payah pakai sendiri dia yang pakaikan, patut la orang panggil raja sehari, memang macam raja tenang je semua orang buat, haha.


        Tadaaaa, puas hati sangat, ke sebab ni pertama kali ? hahaha. Puas hati sebab semua Kak Eza tu buat. Dah siap untuk nikah pagi tu. Masa ni dah tak tengok telefon dah, yang pasti bakal suami mesti dah kenyang makan ayam goreng mwahahaha. Lepas tu tunggu kat bilik jela sambil sorang sorang bestfriend datang, Fatihah, Naimah gigih datang pagi ni lepas tu petang terus pergi KLIA nak honeymoon kat Australia. Intan Zaharah, yang tukar lipstik jadi merah masa tunang, kali ni dia tak usik dia kata lawa make up. Kalau baca masa tunang tu, dia kata kenapa lipstik lebam sama warna tudung, dia pakai kan Catrice merah menyala dia. Jadi kali ni berbaloi laaa bayar, huhu.


       Ni gambar dari abang saya, masa ni saya dah duduk atas lempeng tu. Jaga-jaga kalau dapat yang batu besar macam ni, jangan salah landing, kaki pun masa duduk jangan kena atas dia tajam ooo. Abah selaku wali tangga teratas tengah baca sahkan borang dan tandatangan. Masa ni saya pun ada kena baca borang ni sahkan siapa pengantin, hahaha.

       Nanti sebelum nikah dua dua elok ada wuduk, kalau kita sebelum make up, haa tahan la. Sebab tu tak elok pilih nyah make up kan, nanti batal walaupun dia kata makeup tak sentuh muka la apa laa mesti ada kena nanti. Kalau tak jari dia tersentuh muka, kaki dia yang terpijak kaki hang masa make up hahaha. Boleh pakai stokin kalau nak cari alasan. Tapi baik cari mak andam perempuan je, senang. Lagipun baju semua mak andam yang pakai kan, sarung kan, zip kan! Duhh hahaha.

Dup dap dup dap
       Kecut lemak lemak dia masa ni. Lepas dah akad nikah boleh sujud syukur dan solat sunat nikah, bila lagi nak buat kan? Perempuan boleh pergi kat bilik, lepas tu sambung batal wuduk kat depan pelamin, ni apa yang saya buat la. Pergi depan sambung ambil gambar, tapi sebenarnya gambar penuh dari jurugambar tu tak dapat lagi. Makanya saya letak yang beliau dah kongsi kat muka buku dan dari kawan kawan dan sedara mara.

pengantin perempuanpengantin lelaki

      Masa ni saya lepas juga seminggu Projek Detox Shaklee tu hihihi, lepas tu tak makan pun secara sihat sangat, nasib baik la muat baju haha. Sebabnya lepas seminggu tu saya demam, setiap pagi saya buat protein shake blend dengan pisang beku, air sejuk. Pagi pagi dah beku mana la tahan, pengajaran.

cium dahi
muah muah
        Lepas tu gambar biasa pengantin, alhamdulillah kaki tak kebas sebab makan B Complex. Banyak kalau nak letak semua gambar ni, saya kongsi mana yang helok je okay. Tengok la nampak beza kan dari lensa jurugambar dan lensa main klik je, hahaha.

Gaya apa ni?

Meoww~
 Ambil gambar banyak banyak sebab lepas ni pengantin lelaki nak balik chalet rehat rehat lepas Zohor bersanding pula. Pelamin dari Ezanabil ni lawa dan boleh besarkan lagi, kalau tempat luas bunga dia yang banyak tu pun dia longgok je penuh. Mula mula mak kata khemah luar rumah, sekali pakcik khemah cakap dia tak ada yang untuk khemas pelamin luar. Sis okay jer hehe.


       Dengan amoi amoi ku, mana boleh tinggal budak kecik tu nanti hilang. Orang angkat dia suka bukan dia menangis pun, naik pelamin sekali. Masa tunang pun kita kongsi pelamin, pagi cukur jambul dia, petang kita pula nikah. 
       Dah sudah ni, terus ke bersanding, dipendekkan cerita. Masa saya tunggu Mira inai tu sampai, tunang mesej dan telefon mengesahkan bahawasanya baju coat dia dah siap..! Saya terus call nombor pekerja sis Eza tu nak tanya kalau baju ungu tu ada lagi saya nak. Call call tak jawab, saya mesej je banyak banyak. Mira inai sampai saya buat la inai, telefon letak atas pelamin, haa tepuk. Lepas tu masa buat inai nampak la telefon tu menyala 3 ke 4 kali orang call. Tak tahan lagi saya kata kejap ya nak ambil telefon, yess dari butik. Ye ye kot siap ye saya nak baju tu, tak tak badan saya tak naik. HAHAHA.

 

       Baju ni banyak kali datang tak ada, sekali dengan Fatihah boleh ada, staff dia kata baju custom made pengantin tempah, kalau saya pakai, saya orang kedua. Gambar pertama tu masa mula mula datang cuba. Baju tu memang saiz ngam tak payah alter apa apa, memang ON tak ON kena ON laaa. Boomerang pusing pusing ada kat IG hahaha. Masa ni rasa penatnya, laparnya, macam mana la orang kerja model tu ye, pipi dah cramp ingatkan kaki je boleh cramp, tangan dah keras gaya macam macam pegang bunga pegang kain ohh.

     Okay jom layan gambar orang lain pula. Ada kak Elis sekeluarga, ada Cikin dengan suami.

   

        Gambar gambar dengan jemah dan mana yang orang bagi saya, haha. Masih tunggu jurufoto ni bagi album gambar dengan CD tu, mana yang tak keluar muka kat sini harap bersabar, nanti dah ada semua kita masuk kat FB okay.




         

       Ikut turutan ya, gambar dengan pengapit, dengan team bisnes saya Mai, dengan pengapit lagi tak faham kenapa dia tinggi di situ, dengan bestfriend zaman universiti Aida lap you sooo much, muka penat dah nak makan nak air oren, dengan kawan baik Durrotul Yatiemah masya Allah kami berpindah randah outlet masa kerja Celcom dulu lepas tu saya berhenti hahaha, "nah abang minum air oren ni nanti abang putih", dengan DDU DDU lagi (nickname Dudu), oh my bagi chance laaa.

      Gambar photoshoot kat luar pun banyak tak dapat lagi, keliling Melaka kot, ada satu ni la untuk tatapan, hahaha.


        Majlis kami kat Melaka je sebab tu nak sangat pakai baju ni dan sebab orang lain ada nikah malam, sehari tu bersanding je. Kami buat sehari maka baju Bollywood yang dikatakan tu tak jadi sebab memang tak cukup masa, kalau korang ambil servis baik nikah malam, baju baju kalau tambah sehelai RM400-RM800 ikut la jenis apa, tapi kalau korang tak ambil rugi sebab butik tolak murah, macam baju Bollywood tu ditolak RM100 jer, baju sanding lelaki pun tolak RM100 jugak hahaha. Keseluruhan untuk pelamin, make up, baju sanding perempuan saja RM2800. Jurufoto orang lain, katering orang lain. Boleh nak jimat kena pelan elok elok dan lagi bagus setahun awal. Kami tunang awal bulan Jun terus plan majlisnya awal bulan 9, sauk jela mana yang nampak dulu.

pengantin baru
Happily married
Alhamdulillah siap pun semua bahagian pasal baju sanding je pun tapi macam dah cerita banyak je ni, terima kasih Kak Lina pom pom dari Part 1 dia baca lepas tu suruh siapkan cepat. Komen banyak banyak kak nanti saya cerita pasal Trip Osaka pula hihihi.

Sekian saja dari kami, terima kasih semua.












 
Copyright 2017 Reserved to Cik Nunu Design By Cik Nurfarah