Thursday 7 October 2021

Cara buka Buku Merah/Buku Pink di Klinik Kesihatan Selayang Baru

 Assalamualaikum para mommies.

Hari ni cerita pasal cara nak buka buku pink sebab masa saya nak buka buku pink dulu, duk cari cari ada ke orang tulis step by step cara buka buku. Tapi kena tahu juga kalau di swasta lain, klinik kerajaan lain. Lepas tu setiap klinik kerajaan pun lain lain, sampai kat nurse pun kadang lain cara masing masing.

Seperti yang semua sedia maklum, sebab kan covid melanda jadi semua ni nak kena by appointment. Dah buat carian online pasal nak buat appointment untuk KKSB ni tapi takde untuk buka buku pink atau untuk bahagian Ibu dan Anak. Saya search tahun lepas ada untuk KK negeri Johor je untuk buka buku ni. Negeri lain ada appt untuk pesakit luar, medical check up, pra-perkahwinan, pergigian dan kes ringan. Tak semua KK ada appt untuk semua yang dalam senarai tu, korang kena check dulu.

Oleh kerana KKSB ni tak ada option appt Ibu dan Anak online, kena la call. Mula mula saya call number klinik yang memang ada kat Google, senang kan. Tiga hari berturut call dari 7.30 pagi, 8 pagi, jarak jarak antara waktu yang saya rasa diorang akan jawab pun tak berjawab. Lepas tu tanya kawan yang sebelum ni mengandung pun memang check kat KKSB dia pun bagi number yang sama dalam buku dia. Sampai ke sudah tak berjawab saya pun kata kat husband nanti kita datang pagi pagi. 

Pada hari tersebut, korang jangan ingat terus boleh siap. Sebab kan tak ada appointment, yaaa macam mana nak ada appointment nya pun call tak jawab hehehe. Sambungan cerita saya tulis sambil cerita step di bawah.

Ini cara untuk buka buku pink di Klinik Kesihatan Selayang Baru pada tahun 2021.

1. Datang ke KK Selayang Baru, biasanya parking motor jela ada kalau kereta tu harap maklum jela. Husband biasa hantar saya depan gate je, masuk pun sesak. Dari pintu gate tu untuk ke bahagian Ibu dan Anak korang terus ke bahagian paling kiri bangunan tu. Nanti ada signboard tulis Klinik Kesihatan Ibu dan Anak. 

Dari rumah atau tgh malam hari tu korang dah boleh kemaskini status Covid-19 dalam MySejahtera, sebab nanti masuk pintu tu akan ada dua orang nurse jaga kat depan tu untuk tengok status covid tu dan jugak akan tanya appointment korang, kadang ada nurse dia nak tengok appointment tu. Pengalaman saya kadang waktu klinik penuh memang akan check sorang sorang betul ke datang ni ada appointment, kalau takde korang kena tunggu lama la untuk jumpa nurse mana yang jaga kawasan tempat tinggal korang.

Norma baru macam biasa scan MySejahtera, QR tu ada tampal kat meja yang nurse tu duduk, check suhu kat dahi, ni depan meja nurse tu ada mesin check suhu tu. Lepas tu tunjuk status covid yang dah kemaskini.

2. Sekiranya korang tak ada appoinment, dari bahagian scan depan tu belah kiri korang akan nampak kaunter. Kalau ragu ragu tanya je nurse kat depan tu nanti dia bagi tahu nak pergi mana. Pergi kaunter tu dia akan tanya tinggal mana, lepas tu dia suruh masuk pintu yang ada nombor, yang ni tak tetap la sebab ikut kawasan mana yang korang tinggal. Tapi arah semua pintu ni selari je dari pintu depan tadi, tegak je.

Nanti bila jumpa nurse walaupun korang dah bawa semua dokumen (macam saya) still tak kan buat hari tu, mungkin kalau KK korang tak ramai orang boleh kot tapi masa ni pagi paham paham jela. Nurse akan bagi tahu bawa dokumen apa, pernah datang ke, dia akan tanya soalan soalan basic ibu, lepas tu bagi tarikh dan bagitahu masa tarikh tu nanti nak buat apa. 

Waktu ni dia beri saya kertas stick note tu ada nama, ic dengan tarikh dan waktu next visit.

3. Sekiranya korang dah ada appointment, ada appointment masa ni belum ada buku tau, tak ada apa apa pun. Saya bawa file yang ada report and detail scan baby, dokumen yg diperlukan dan stick note tu kena tampal kat IC. Masuk and scan MySejahtera macam biasa, IC dengan stick note tu letak kat bakul kaunter pendaftaran. Alaa bakul tu muat muat kertas A4 lepas tu depan bakul tu ada tulis 8am dengan 9am. Letak ikut masa appt korang.

Kat sini tepi kiri korang ada paper cup dan sebatang pen. Kena buat urine test. Ambil paper cup tu tulis nama, pergi ke toilet. Okay toilet ni dekat je keluar balik pintu tadi, belok kanan dah sampai. Kiranya kalau bahagian Ibu dan Anak ni dah kata hujung, ni sebelah dia yang paling hujung nak ke pagar dah.

Lepas dah pee in the cup, masuk balik and kat sebelah tempat check suhu korang ada tulis tempat urine. Ada tong sampah kuning tu, sebelah dia ada macam para untuk letak paper cup tu. Korang letak dulu kat situ, nanti sekejap sekejap akan ada nurse jerit sape lagi nak check urine, datang ambil cup nama korang and tunjuk depan nurse, dia akan check dan bagi korang sekeping kertas kecil, ni kena simpan nanti nurse in charge korang nak. Korang boleh ke toilet lagi untuk buang urine tu and tong kuning tu pun ada dalam toilet tadi.

4. Nurse di kaunter pendaftaran nanti akan panggil korang dan bagi number suruh tunggu kat pintu mana, tapi semua tu pun selari dengan pintu masuk tadi tegak je tunggu situ. KKSB bukan besar sangat kan. Masuk je cakap nak buka buku pink. Kemudian dah dapat pintu mana (A,B,C,D) kalau tak silap ikut kawasan alamat rumah yang kita duduk sekarang, nanti nurse panggil dari pintu tu masuk je.

5. Masa ni dah senang sebab dah jumpa nurse in charge kita dari buka buku sampai la beranak dengan nurse tu je, jadi kena baik baik cakap dengan diorang. Sehari beratus kes kena layan. Waktu ni bagi kertas yang dapat masa check urine, banyak la info kena bagi termasuk copy sijil nikah, tunjuk IC, details scan baby kat klinik swasta yang saya ada sebelum ni. Buku tu dia tulis depan kita, lepas kena ambil darah kat bilik lain. Bilik tu depan kaunter pendaftaran. 

6. Lepas dah ambil darah yang dah siap isi dalam tabung uji, kita kena hantar sendiri ke makmal. Nanti nurse bagitahu lalu mana sebab first time kan, kalau tak pun masa dia cakap hantar makmal tu korang tanya la kat mana ye nurse. Dah hantar balik semula tunggu depan ruang menunggu nurse in charge kita. Dalam 15 minit nurse akan panggil, keputusan darah tu makmal akan up dalam sistem dan nurse kita bagitahu keputusan. Bergantung kepada keadaan rasanya sebab ada kawan saya masa buka buku dia tak jumpa doktor, tak scan. Saya tak jumpa doktor juga tapi nurse tu scan perut. 

Selesai semua tu dan tarikh temujanji seterusnya dah ditulis dalam buku pink tu, awal awal ni selang sebulan je lepas tu akan makin rapat setiap 2 minggu hinggalah setiap minggu. Mungkin nanti klinik akan lebih upgrade sebab situ memang penuh orang. Sekian dari kami (me and baby).

















Sunday 29 August 2021

Happy Birthday My Husband

 Assalamualaikum wbt semua..

    Yeay birthday! Kali ni dah boleh dine in so kita akan dating kat luar. Untuk birthday beliau kali ini saya dah siap beli segala belon nak deko kat rumah. Balkoni dah ada beli pokok gantung gantung, nak tampal kat dinding belon HAPPY BIRTHDAY, bunga buat sendiri harap maklum. Sebab sebelum tu ada mesej kawan yang buat planner ni tanya bouquet tapi dia seen je weh. Kita risau laa terus back up plan.

sudilah kiranya tuan hamba menerima gubahan bunga ku ini

     Lepas tu balut hadiah macam biasa laaa barang semua dah ada, kertas pembalut, reben semua. Kad ucapan hehehe. Malu nak tunjuk sini tapi puas hati laa panjang berjela tulis, ada stamping ada sticker semua. Buat sendiri memang gempak laa. Dulu time bercinta kad birthday dengan kad raya memang 100% efforts okay beliau buka sampul je muka sudah merah merah nak cendol. Dia pun tak pernah lagi kalau kad ke bunga ke wish yang typing or orang kedai buat, semua tulis sendiri baru feel hehe.

    Malam tu kena pulak dia tidur sebelum tengah malam ye. Bila dah tengah malam tu on lampu lilin kecik tu wish laa happy birthday dengan doa doa semua. Kiss sikit aaa gitu. Tengah malam tu tiup belon sorok kat bilik lain. Bila dah bangun pagi tu buat ape yang patut semua dia masuk bilik, kita pun buat kerja kat luar tampal belon senang je pakai double sided tape. Letak hadiah and bunga kt sofa, panggil dia ambil gambar. Kena keluar bilik cepat la sebelum kaki empat tu carik carik segala barang, masa tu pun tali kat belon dia dah gigit and tarik. Malam tu lagi laa berapa kali bunyi belon meletup dia buat kerja dalam bilik tu.

Happy Birthday my love

Bunga, hadiah dalam kotak & kad ucapan

     Mulanya pagi tu nak ajak makan pastries dengan kopi kopi laa tapi dah ramai call dia nak ucap selamat hari lahir, sampai kesudah. Kita pun keluar jela lepas Zohor. Dah lama nak pergi sini tapi baru hari ni rezeki nak datang sini waktu hari jadi dia. Kami dating kat Secret Of Louisiana at The Lake.

    Masa datang ni ada satu geng je 4 orang tengah makan selang 3 meja dari tempat kami. Duduk tepi tasik ni kan kadang tu rasa macam kerusi dengan meja tu beralun sekali sebenarnya hanyalah mainan mata. Tapi wow kalau layan boleh pening ye, pandang la tempat lain. Seberang tasik sana ada orang berkelah bawah pokok, ada yang baring baring atas yoga mat and ada juga yang memancing bawah bahang matahari tu. Masa tu panas lagi ya belum redup.

    Menu semua dia yang pilih sebab portion tu dua orang makan, kita boleh je makan apa dia makan. Pineapple juice sini sedap ye emm. Beliau order air tembikai. Ceritanya dia order seafood platter kot, memang dah cakap 30 minit kita pun okay je layan angin tepi tu. Tapi haus ye masing masing habis air order lagi. Air dia entah la tak letak gula kot so sedap manis manis buah gitu je.

Roti panas ni dalam dia lembut, dip dengan cheese dengan minced beef tu sedappp. 

Side salad dia, coleslaw biasa laa memang sedappp.


Pineapple and watermelon juices
     

     Penantian bersambung dalam 15 minit kot. Sepanjang 15 min tu staff diorang datang je and bagi tahu berapa minit lagi untuk yang seafood tu, and tanya ada nak apa apa lagi ke. Nak ambilkan gambar ke hehehe.


Sampai pun yang berhormat paling sedap. Macam risotto dengan pelbagai seafood, nama tak ingat ye tapi ada tulis seafood.


Semua dah cukup kita ambil gambar buat kenangan dulu hehe

    Makan dengan sangat berselera sebab dari pagi menunggu kan, kat rumah minum je sebab memang nak keluar dating makan. Memang best sebab persekitaran dia view cantik and tenang tak ramai orang, berangin tapi bukan yang panas tu lagi pun kipas kat restoran ni besar besar and banyak. Makanan pun kita bagi 4.7/5.0 hehe. Okay okay lepas dah makan tu nak kena manis manis mulut. Order la kek dia pun suka kek, dia pilih la.


Happy Birthday ucuk acam

Kena laa ada sekali muaahh

     Kek coklat tu sedap yer, dia macam dark choc and ada berlapis lapis. Bottom layer macam biasa yang biskut hancur tu, lepas tu ada layer macam cream alaa macam indulgence tu, lepas tu ada layer yang thick betul dark choc dia. Sedap laa sebab tak manis melampau. Rasa dark choc dengan cream tu punya manis je. Dah habis sambil berbual pun waiter dia datang tanya semua cukup ke okay ke nak ambil gambar lagi ke nak tambah ape ape ke. Memang best ye.

    Okay sebelum balik tu ada singgah Adidas hehe, beli masing masing dua pasang baju tshirt. Pulang ke rumah.

    Lepas maghrib tu kita ada pusing pusing keluar naik moto, alaa kat KL nak kemana jela pusing jela dataran merdeka tu. Bawa slow slow kan jadi la. Ingat sebelum balik tu nak singgah mana mana beli kek. Secret Recipe tutup, pergi Starbucks Times Square depan tu je kan senang tak jauh nak parking. Tutup sudah hahaha. Jom laa balik.

    Selagi tak habis hari birthday dia ni kan. Ingat tak lilin pacak kek siang tadi? tu tak menyala lagi. Kat rumah ada buah anggur hijau seedless yang rangup tu, mahal tapi sedap dia memang suka. Guna la buah tu basuh bersih and potong buah oren. Pacak lilin tu hehe.

Ingat tak deko balkoni? tu daun gantung berjurai hahaha. Ye balkoni pun ada lilin

Kita suruh pandang sini, pandang lilin buat apa. Okay sebenarnya bawah lantai tu ada nyalakan lilin kecik tu banyak tau. Tapi bila ambil gambar and video seram ye tak rupa macam lilin hahaha. So hmm tiup padamkan, lilin atas jela eh syg.



    Sekian dari kami sepanjang hari jadi beliau, happy sebab suprise semua smooth je. Terima kasih sudi singgah baca.



Friday 30 July 2021

Kucing Baru

   Assalamualaikum semua semoga sihat sihat belaka.

      Pada minggu lepas kami dah adopt kucing baru yeay. Punya lah tembam so kita bagi nama Chonky. Kucing jantan juga sama je macam yang sebelum ni Milo pun jantan. Mula-mula ambil ni kawan saya kata nanti kawin kan laa dengan BSH sebab bapak Chonky ni BSH, mak dia munchkin. Dia kata kalau contoh ada 4 kittens, satu tu mesti munchkin. Itu awal-awal laa, dah lepas tu dia cakap kalau nak bagi Chonky gemuk lagi suruh neuter je lol, lagi gemuk nanti hmm taik makin besar la kan. Lepas tu nak angkat dia lagi laa hahaha. 

Ni fresh dari carrier dia dah sampai rumah

    Okay awal-awal ambil Chonky ni saya memang dah tahu dia ni toilet trained, dia memang membuang dalam toilet atas lantai, not the type yang boleh menonggeng atas seated toilet tu. Jenis tu pun ada tapi training lain la kot hahaha. So malam ambil ni memang takde pasir, kawan saya pun lupa nak angkut pasir dia. Ikutkan lepas pindah kalau nak continue lagi dia punya toilet train ni kita kena kurung dia dalam toilet mana yang kita nak dia guna. Letak makanan and minum dia satu bahagian, dia pandai laa pilih nak membuang kat penjuru mana. 


His siblings, dia yang tengah tu

     Tapi Chonky comel sangat duk menatap muka dia sampai tertido. Nak kurung pun tak sampai hati sebab dia mengiau je. Kalau kat rumah lama dia ada lagi dua adik beradik, ni dia sorang maybe dia mengiau panggil lagi dua tu, tapi dua lain pulak yang duk menyahut. Malam tu saya dah tertidur kat sofa depan tv laa sebab sebelum tu duk usap usap dia, suami dah tidur dalam bilik. Bila bangun Chonky tak kelihatan saya masuk la bilik, dia dah pee on the floor. Nasib pee dia takde bau ape, ikutkan kalau rumah tu bergelap mesti saya dah pijak and jalan je sebab kat rumah pakai selipar bulu bulu tu. Ni memang sebab nak tengok dia kat mana so terang laa, nampak pee dia terus laa lap tisu dulu pastu wet wipes lepas tu spray dettol lap lap lagi and last spray serai wangi haha biar dia tak boleh bau lagi kat situ. Oh ada last, spray perfume yang dah tak suka bau dia + bau perfume yang kuat. 


Bekalan dunia dah sampai, terima kasih semua

    Lepas tu macam hopefully tak berak la sebab kibbles yang kawan saya bekalkan Prochoice salmon dia tak usik langsung. Pagi tu selamat dah membuang atas lantai depan toilet ye, kenape tak masuk je toilet? Hahaha. Jenuh membuang nasib la solid hahaha. Mula macam agak jela dia tak masuk toilet tu sebab tak kering kot, dia membuang pun kita perasan pagi, sebelum tu husband dah mandi situ so lantai basah la. Siang tu buka pintu toilet master room, jarang guna biasa pagi je mandi situ sebab ada heater. Letak Chonky kat situ, ternyata ya memang toilet trained ni nak toilet kering, malam tu dia poo poo situ hahaha. 

Sudut tepi

Muka depan

Sudut pungkoq

Boleh je nak teruskan dia membuang kt toilet, tapi kan dari pengalaman dua tiga kali membersihkan sisa dia, senang lagi pakai cat litter dan kurang bau. Mata pun tak rasa sedih sangat nak kena tengok tahi dia hahahaa. Tak boleh teruskan akhirnya kurung je dia kat belakang, kat tempat litter dia sampai dia membuang. Reti pun weyy nak buang kat pasir dia. Lepas dari itu tiada isu poo pee lagi. Kita guna pasir yang bau Apple. Letak tak sampai separuh bekas, setiap hari dia memang kencing berak ye so setiap hari atau dua hari sekali tambah pasir sikit sikit. Sebab kalau sekali letak sampai seminggu, mana bau Apple nyerr tambah jela bila buang. Bila pasir nak habis beli yang baru, baki kat bekas tu pun terus buang semua and pakai baru, biasanya sebulan sekali habis la satu beg 12kg tu.


8 bulan dah tak baby lagi

    Masa ambil dia ni umur 7 bulan, dah last last baby la orang kata. Manja lagi bunyi pun lembut je, jalan macam nak seret lantai lepas tu dia kan tembun bila jalan laju tu macam bergegar gegar badan dia huaaaaa comel.

Antara selfie awal awal  diorang
    

Suka naik katil, malam malam dia singgah tidur kejap je lepas tu turun tengok mood la sambung tido kat lantai or keluar je bilik. Tapi memang selalu masuk ye sambil meow meow bising, tengok makanan ada je lagi. Saja ni nak attention.

Geram jela dia ni hmm

    Itu jela kisah Chonky ni, insha Allah dah berbulan bulan tak balik kampung ni dah boleh rentas kita balik bawak Chonky. Anak buah dah tak sabar nak gomol yang ni pulak sebab Milo kan dah tua, keluar cari kucing tino balik bila nak makan je. Dah taknak layan budak budak. Entry Milo kat SINI

Okay tu je nak kenalkan kucing, thank you yang sudi baca. 






























Wednesday 28 August 2019

Happy Birthday Husband


“To see something marvellous with your own eyes - that’s wonderful enough. But when two of you see it, two of you together, holding hands, holding each other close, knowing that you’ll both have that memory for the rest of your lives, but that each of you will only ever hold an incomplete half of it, and that it won’t ever really exist as a whole until you’re together, talking or thinking about that moment ... that’s worth more than one plus one. It’s worth four, or eight, or some number so large we can’t even imagine it.”
― Alastair Reynolds, House of Suns








malam ambang hari jadi beliau





Happy birthday dear husband





Monday 24 June 2019

Anak kucing baru

Assalamualaikum wbt.

Selamat Hari Raya kami ucapkan kepada semua Muslimin dan Muslimat yang merayakan Hari Raya Puasa setelah sebulan kita berehat di bulan Ramadan. Pada bulan Ramadan 1440H, minggu pertama puasa saya banyak buka sendiri di rumah, manakala suami banyak menerima jemputan buka puasa di luar. 

Menjelang minggu puasa kedua, saya bagitahu dia berat dah turun 4kg. Hebat kan.
Seperti selalu, dia pun menjalankan operasi. Minggu kedua hari hari ajak ifthor luar, kau rasa? Makan kat kampung baru, ayam pasu, ayam golek golek, Garuda nasi padang. Masa kat Garuda nasi padang ni ada nampak anak kucing warna kelabu, omg serupa sangat macam Asap. Asap ni kucing abah saya, yang paling nakal, yang paling gagah perkasa, yang bulu macam karpet, warna kelabu asap tu yang panggil Asap je. Awal tahun ni dah innalillah.


Masa nampak kucing tu kat Garuda, tengah nak ambil lauk dia lalu celah celah tempat tray. Dah sampai kat meja cakap kat suami nak ambil kucing tu, dia kata esok. Esok datang lagi Garuda nak berbuka, kali ni bawa beg nak angkut dia hahaha. Kalau jalan petang ke malam setakat cari makan memang naik motor, nak buka luar pulak kalau naik kereta orang azan kita mereput lagi. Duduk dulu pandang kiri kanan, mana la kelabu asap kaki empat ni, tak jumpa.! Dah azan makan la dulu, tak puas hati masa bayar tanya kaunter. 

"kucing kelabu kecik tu kucing kedai ni ke?" ujarku menatap cashier tu.
"taklah semua kucing singgah singgah je datang makan pergi" balasnya.

Alamak jawapan dia. Pergi kat suami dia kata jenguk belakang kedai hahaha. Dah pusing pusing macam dah kantoi je nak ambil kucing, naik la motor. Pusing tiga kali keliling Garuda sebab belakang dia pun kedai makan yang kucing boleh tembus lalu. Tak ada rezeki nak kucing kelabu tu. Balik jela, hari tu pun berlalu macam tu je tanpa bayang kuing tersebut.

Esoknya suami balik lebih kurang 5.30 petang macam biasa, kita nampak la dia buka pintu. I pandang U, U pandang I, tiba tiba "meow..!" 

Sebelum saya memecut ke pintu depan, otak dah fikir omg hebatnya kamu sanggup pergi Garuda cari kucing kelabu tu love you lah.! kita pun mengiau sekali panggil kucing tu excited ni. 

THAT IS NOT MY CAT..! 

padahal kelabu asap tu pun bukan my cat, emmm.

kecik je masa datang

Masa dia sampai tu kecik je besar lagi penumbuk kita ni, jalan pun mengigil. Alahai mana dia kutip ni. Selepas sesi soal jawab selesai suami kata dia kutip kat UIA, adik beradik 5 ekor. Suruh pulang balik hahaha dia taknak, dia kata kesian kucing terbiar, jalanan, gelandangan, yatim piatu semua dia sebut. Kalau kesian kenapa tak ambil semua 5 ekor, dia kata yang coklat ni seekor kucing yang baik. 

"ada buat interview ke sebelum kutip?" 
"hihihi ada, baik kucing ni"
"kenapa baik pulak"
"bila abang panggil dia datang kat abang"
"alalalala itu bukan baik itu senang kena tipu..!"

Gelabah tak tahu nak buat apa, kucing ni kecik, mata berair, bersin, ada kutu, rumah tak sedia apa apa. Rebuskan ikan sebelum keluar buka puasa, nak buka pun pilih yang dekat dengan pet shop sebab nak beli barang barang dia.

lepas gambar baru carikkan ikan dia

Malam tu la beli makanan, tempat poo poo dia, mainan sebab kecik lagi, syampu kutu, ubat ubat beli online kat Apak and the cats. Call mak tanya apa nak buat, dia kata buat apa menyusahkan diri. Menantu mak yang kutip laa bukan iolss. hahaha. Esok tu mandikan dia dengan syampu kutu, mengigil dia. Letak atas heated pillow alas kain sambil keringkan Dah keringkan dia tidur, bila orang tanya yakin je jawab ni kucing siam. 

Sampai bff Ayu kata dia ada dulu kucing Burma ni, ummm what ??

Burma dengan Siam

Lepas tu dia cerita pasal kucing dia dulu, mati sebab selsema yang lama. Kucing ni dia kata lembut dan manja, ikut je pergi mana mana. Masa tu betul la memang dia ikut je, mungkin dia sejuk tidur nak dekat. Naik katil sekali. Pergi bilik air tunggu depan pintu, keluar rumah nampak bayang dia belakang pintu. Sampai masa nak raya, gigih angkut semua barang dia balik Melaka. Kucing kampung kan kalau tinggal hotel kucing tu kang hmmm, takut double standard. Kawan pernah kena, mati kucing dia itu pun mix persian, kalau kampung.com ni lagi la.

tidur kat seat belakang

Hari hari kena bersihkan mata dia berair je, jadi mak kucing. Tak lupa cerita awal awal dia pee depan pintu masuk ya anak anak, masa ni tanya Datin Ida bukan terlajak laris tu apa nak buat apa nak letak, pergi kedai ECO serai wangi habis, tapi bakul penuh beli barang lain. Tanya Ayu kat DIY ada rupanya, DIY lagi dekat dari ECO. Dah spray serai wangi kat tempat pertama kali, spray dinding sekali biar dia tak suka bau, barulah dia masuk litterbox dia. Dah beberapa hari penat ada anak kucing ni, emmm suami kata nanti dia belikan kucing kelabu. Beli weh beli, okay nak BSH tau.

nah BSH kau
Dapat laa kucing kelabu sekor. Beli kat Kaison. 
kecik dengan kecik
senang kan? biar main berdua

Sekarang dah nak dua bulan, huihhh aktif, suka gigit, kuku tajam. Masa kat kampung orang datang raya, dengar je buka pintu dia dah terbang. Sepupu kena panjat sampai kepala, niece budak lagi dia kejar, masa orang datang salam salam dia bergayut kat seluar mak. Bila ada yang takut kucing datang awal awal mak dah sumbat kat sangkar. Sebelum balik dah bagitahu bawak harimau, mak ambil sangkar kat rumah abang hahaha, gigih demi mu. Oh sebab orang datang raya tanya nama dia, mak kata nama dia Milo.

tak takut orang

Ini awal awal datang dah ada hati nak tidur sebantal dengan mak, tu bahu mak la. Milo Milo, bulan depan enjet pungkoq.! Akhir kata ambil lah kucing free, kalau beli tu awal awal dah kena paksa putus susu, kadang malam malam nampak kucing gigit kain ke selimut gaya macam menetek kat mak dia. 

Sekian, meow.!






































































Friday 29 March 2019

Happy Birthday To You Z ❤️

Assalamualaikum wbt...

Today is my best friend birthday and I would like to make a post about her here. Because in the future is FB going down I still have an entry here in my blog about my wonderful friend. 

Her name is Nur Baizura Mohamed, we call her Zura. Her skin was white that her college roomate call her Ju-on, scary much huh? Her hair was stubborn straight like a ruler that hair curler will gave up immediately. 

Happy birthday to my lovely BFF, who stays through thick and thin especially in body size. Through black and white since we do jog together sometimes. Through single and double in 2018 and 2019. 

Thank you for always listen to my nonsense story about man and ❤️ since 2013. 

I express most of it to her because she will not give me advice nor share her problem at that time, she will just burst out laughing.

I used to sleepover at her house when I am bored, weekends, when I want to swim (reti ke?) urge to gossip, hmmm. 

In sha Allah she will married this year with her love one, that give spark to her eyes and life 👁👁
Her birthday night on 2018, I bought a slice of Indulgence cake and we eat at McDonalds.
My bridesmaid

This year picture at her brother’s house. Last night she come to my house for facial service but we did not have a proper picture together.


Kindly find a house nearby me, we can do groceries shopping together and cook together. We can do biz together too you know 💋


Lots of love from your chatty sistur...

Wednesday 16 January 2019

Sepasang Baju Sanding (Part 3)

Assalamualaikum wbt..

       Bersambung cerita baju sanding kembang viral saya hashtag perasan, kalau belum baca kisah sebelum ni ada kat sini ya Part 2

Good Morning..! jeritku pada pengapit yang sedang sedap tidur.

        Pagi ni pukul 7 dah minum air dan makan biskut kering dulu. Sejam kemudian entah la berapa ketul ayam goreng dan kari ayam serta nasi impit dah selamat dimakan oleh saya dan pengapit malu-malu kucing. Pagi ni mak saya dah aturkan sarapan untuk family belah tunang. Dari chalet mereka tu dekat je nak ke rumah kami, tapi takkan nak datang sarapan semata hahaha. 

       Jadi mereka makan kat rumah abang saya, tengah tengah la antara chalet ke rumah. Malam tu pun ada dua keluarga kawan rapat dia dah tidur situ. Belakang ada rumah, depan ada kedai makan mak ayah saya jadi kerusi meja semua tak ada hal. Sebelah pula masjid baru siap, fully airconditioned siap WIFI..!

        Mak saya upah orang buat roti canai duk tebar pagi tu, teh tarik ayah saya duk tarik kat situ, special sungguh untuk menantu debab tu. Pastu nasi impit, kari ayam, bihun goreng yang digoreng penuh kasih sayang, lontong dan ayam goreng berbakul bakul masak dari rumah hantar pergi sana. Tunang saya kata mak masak ayam banyak sebab mak saya tahu dia suka makan ayam, ewah ewah.

       Pukul 8.30pagi  make up artist kita pun sampai. Dulu masa akak saya make up dengan sorang mak andam ni dia berdua je dalam bilik, saya tak dapat tengok pun sebab mak andam tu tak bagi orang lain masuk. Tapi sis Eza ni, dia make up, adik dia pun ada susun barang and ambil gambar dan ada sorang lagi staff agaknya, lepas tu ada juga pengapit saya entah macam mana dia boleh terselit sekali. Hebat nya awak Zura, dia selfie je dalam bilik sebelah hantaran, tahu laa tahun depan majlis dia opss.

       Sesi mekap pun bermula, best juga kena make up ni. Biasa tempek muka sendiri je pakai jari atau berus mur mur, ni bila make up artis belai belai muka, dengan primer, foundation campur campur atas plate besi tu, dioles ke wajahku dengan berus MAC, perghh rasa nak tidur. Tapi tak boleh la sebab bila bahagian mata kejap kena buka pandang atas kejap kena tutup. Tak sama macam kita pergi salon rambut atau facial muka, pejam mata terus kroohh dia servis kita dari awal sampai akhir kita kat situ jadi tugu. Mula mula saya kata tak nak pakai kanta lekap, dah 3 tahun saya buat Relex Smile dengan Prof Muhaya saya berazam tak nak pakai, sis Eza dah bawa kan dia pujuk pujuk kata barbie doll apa semua, pakai jela. Tak payah pakai sendiri dia yang pakaikan, patut la orang panggil raja sehari, memang macam raja tenang je semua orang buat, haha.


        Tadaaaa, puas hati sangat, ke sebab ni pertama kali ? hahaha. Puas hati sebab semua Kak Eza tu buat. Dah siap untuk nikah pagi tu. Masa ni dah tak tengok telefon dah, yang pasti bakal suami mesti dah kenyang makan ayam goreng mwahahaha. Lepas tu tunggu kat bilik jela sambil sorang sorang bestfriend datang, Fatihah, Naimah gigih datang pagi ni lepas tu petang terus pergi KLIA nak honeymoon kat Australia. Intan Zaharah, yang tukar lipstik jadi merah masa tunang, kali ni dia tak usik dia kata lawa make up. Kalau baca masa tunang tu, dia kata kenapa lipstik lebam sama warna tudung, dia pakai kan Catrice merah menyala dia. Jadi kali ni berbaloi laaa bayar, huhu.


       Ni gambar dari abang saya, masa ni saya dah duduk atas lempeng tu. Jaga-jaga kalau dapat yang batu besar macam ni, jangan salah landing, kaki pun masa duduk jangan kena atas dia tajam ooo. Abah selaku wali tangga teratas tengah baca sahkan borang dan tandatangan. Masa ni saya pun ada kena baca borang ni sahkan siapa pengantin, hahaha.

       Nanti sebelum nikah dua dua elok ada wuduk, kalau kita sebelum make up, haa tahan la. Sebab tu tak elok pilih nyah make up kan, nanti batal walaupun dia kata makeup tak sentuh muka la apa laa mesti ada kena nanti. Kalau tak jari dia tersentuh muka, kaki dia yang terpijak kaki hang masa make up hahaha. Boleh pakai stokin kalau nak cari alasan. Tapi baik cari mak andam perempuan je, senang. Lagipun baju semua mak andam yang pakai kan, sarung kan, zip kan! Duhh hahaha.

Dup dap dup dap
       Kecut lemak lemak dia masa ni. Lepas dah akad nikah boleh sujud syukur dan solat sunat nikah, bila lagi nak buat kan? Perempuan boleh pergi kat bilik, lepas tu sambung batal wuduk kat depan pelamin, ni apa yang saya buat la. Pergi depan sambung ambil gambar, tapi sebenarnya gambar penuh dari jurugambar tu tak dapat lagi. Makanya saya letak yang beliau dah kongsi kat muka buku dan dari kawan kawan dan sedara mara.

pengantin perempuanpengantin lelaki

      Masa ni saya lepas juga seminggu Projek Detox Shaklee tu hihihi, lepas tu tak makan pun secara sihat sangat, nasib baik la muat baju haha. Sebabnya lepas seminggu tu saya demam, setiap pagi saya buat protein shake blend dengan pisang beku, air sejuk. Pagi pagi dah beku mana la tahan, pengajaran.

cium dahi
muah muah
        Lepas tu gambar biasa pengantin, alhamdulillah kaki tak kebas sebab makan B Complex. Banyak kalau nak letak semua gambar ni, saya kongsi mana yang helok je okay. Tengok la nampak beza kan dari lensa jurugambar dan lensa main klik je, hahaha.

Gaya apa ni?

Meoww~
 Ambil gambar banyak banyak sebab lepas ni pengantin lelaki nak balik chalet rehat rehat lepas Zohor bersanding pula. Pelamin dari Ezanabil ni lawa dan boleh besarkan lagi, kalau tempat luas bunga dia yang banyak tu pun dia longgok je penuh. Mula mula mak kata khemah luar rumah, sekali pakcik khemah cakap dia tak ada yang untuk khemas pelamin luar. Sis okay jer hehe.


       Dengan amoi amoi ku, mana boleh tinggal budak kecik tu nanti hilang. Orang angkat dia suka bukan dia menangis pun, naik pelamin sekali. Masa tunang pun kita kongsi pelamin, pagi cukur jambul dia, petang kita pula nikah. 
       Dah sudah ni, terus ke bersanding, dipendekkan cerita. Masa saya tunggu Mira inai tu sampai, tunang mesej dan telefon mengesahkan bahawasanya baju coat dia dah siap..! Saya terus call nombor pekerja sis Eza tu nak tanya kalau baju ungu tu ada lagi saya nak. Call call tak jawab, saya mesej je banyak banyak. Mira inai sampai saya buat la inai, telefon letak atas pelamin, haa tepuk. Lepas tu masa buat inai nampak la telefon tu menyala 3 ke 4 kali orang call. Tak tahan lagi saya kata kejap ya nak ambil telefon, yess dari butik. Ye ye kot siap ye saya nak baju tu, tak tak badan saya tak naik. HAHAHA.

 

       Baju ni banyak kali datang tak ada, sekali dengan Fatihah boleh ada, staff dia kata baju custom made pengantin tempah, kalau saya pakai, saya orang kedua. Gambar pertama tu masa mula mula datang cuba. Baju tu memang saiz ngam tak payah alter apa apa, memang ON tak ON kena ON laaa. Boomerang pusing pusing ada kat IG hahaha. Masa ni rasa penatnya, laparnya, macam mana la orang kerja model tu ye, pipi dah cramp ingatkan kaki je boleh cramp, tangan dah keras gaya macam macam pegang bunga pegang kain ohh.

     Okay jom layan gambar orang lain pula. Ada kak Elis sekeluarga, ada Cikin dengan suami.

   

        Gambar gambar dengan jemah dan mana yang orang bagi saya, haha. Masih tunggu jurufoto ni bagi album gambar dengan CD tu, mana yang tak keluar muka kat sini harap bersabar, nanti dah ada semua kita masuk kat FB okay.




         

       Ikut turutan ya, gambar dengan pengapit, dengan team bisnes saya Mai, dengan pengapit lagi tak faham kenapa dia tinggi di situ, dengan bestfriend zaman universiti Aida lap you sooo much, muka penat dah nak makan nak air oren, dengan kawan baik Durrotul Yatiemah masya Allah kami berpindah randah outlet masa kerja Celcom dulu lepas tu saya berhenti hahaha, "nah abang minum air oren ni nanti abang putih", dengan DDU DDU lagi (nickname Dudu), oh my bagi chance laaa.

      Gambar photoshoot kat luar pun banyak tak dapat lagi, keliling Melaka kot, ada satu ni la untuk tatapan, hahaha.


        Majlis kami kat Melaka je sebab tu nak sangat pakai baju ni dan sebab orang lain ada nikah malam, sehari tu bersanding je. Kami buat sehari maka baju Bollywood yang dikatakan tu tak jadi sebab memang tak cukup masa, kalau korang ambil servis baik nikah malam, baju baju kalau tambah sehelai RM400-RM800 ikut la jenis apa, tapi kalau korang tak ambil rugi sebab butik tolak murah, macam baju Bollywood tu ditolak RM100 jer, baju sanding lelaki pun tolak RM100 jugak hahaha. Keseluruhan untuk pelamin, make up, baju sanding perempuan saja RM2800. Jurufoto orang lain, katering orang lain. Boleh nak jimat kena pelan elok elok dan lagi bagus setahun awal. Kami tunang awal bulan Jun terus plan majlisnya awal bulan 9, sauk jela mana yang nampak dulu.

pengantin baru
Happily married
Alhamdulillah siap pun semua bahagian pasal baju sanding je pun tapi macam dah cerita banyak je ni, terima kasih Kak Lina pom pom dari Part 1 dia baca lepas tu suruh siapkan cepat. Komen banyak banyak kak nanti saya cerita pasal Trip Osaka pula hihihi.

Sekian saja dari kami, terima kasih semua.












 
Copyright 2017 Reserved to Cik Nunu Design By Cik Nurfarah