Hai semua, sambungan dari kisah sebelum ni yang pasal baju bersanding tu, kalau belum baca bahagian pertama ada kat sini tau Part 1
Okay bersambung dah lepas tempah 'coat' tu kan. Masa tu hari Ahad. Kira selesai la tu dia dah cakap dengan tokay tu hari majlis kami Ahad depan tu, tunang akan datang Melaka tidur dengan adik dia dan sedara-mara semua kat chalet berdekatan rumah mak abah saya. Masa ni baju nikah pun dah tempah, mula-mula Ezanabil ni sediakan baju nikah perempuan tanpa baju nikah lelaki kan, nak cari kain untuk lelaki tapi contoh baju perempuan kan tiada kat tangan. Jadi tak nak la nanti baju saya tona warna lain dari pengantin lelaki. Masa bertunang salah satu hantaran tu pun dah siap kain untuk nikah. Dia kata tak sempat nak tempah la apa semua.
Pergi la Jakel cari kain untuk baju nikah lelaki, nak buat perbandingan pakai gambar dalam telefon je memang tak dapat la. Staff Jakel tanya tak ada bawa baju ke, tunang jeling je saya hahaha. Ada la membazir masa dalam sejam lebih kat situ, geram je masa ni sebab kain baju nikah memang semua dah ada kat KL tapi dia nak pergi Jakel beli kain baru buat apa. Lepas dah berkokok kan dia tanya kain nikah saya kat mana, eh dah seratus kali ulang ni, ada kat rumah Bangsar laa, pastu dia kata okay esok saya balik kerja dia ambil pastu terus tempah baju.
Kan senang ? rasa nak blender je otak dia.
Lepas tu kami pun pergi kedai kawan dia yang terima tempahan baju, tanya untuk baju nikah tu. Bayangkan la dah malam pun mereka masing kat kedai jahit tu menjahit suami isteri. Iya weh dua-dua pandai menjahit. Hari majlis kami pula 9/9/18, tengok lah cuti apa. Hahaha. Dengan orang tempah baju raya haji. Tapi sebab yang lelaki ni kawan lama, dia senior tunang saya. Jadi dia kata akan siap juga sebelum tunang saya balik untuk majlis. Terbaik kan.
Pendekkan cerita, 2/9/18 baju nikah pun siap. Waktu ni balik kerja terus pergi kedai jahit tu untuk cuba baju. Loved it..! Cantik betul dia buat, saya minta details butang kat lengan and belakang badan. Memang cantik terletak, tak ketat tak longgar, elok sangat. Senang cerita baju saiz kita sendiri memang lagi terbaik la dari baju saiz lain lain, so saya tolak baju nikah Ezanabil, dia kata boleh ganti baju sanding Bollywood, warna pink..! on tak on..? Saya on jela.
Tolong ingat walaupun masa ni 'coat' tunang saya dah on the way nak siap, tapi saya tak boleh nak book baju purple tu lagi sebab nak kena confirm betul betul. Stress kan..?
Untuk veil pula kan saya ada PM kawan lama sekolah menengah kat IG nak sewa veil nikah tapi dia tak reply weh, bukan lambat reply terus tak ada reply. Kita ni nak membeli ke bagi duit kat orang kita cari sedara dulu lepas tu kawan-kawan baru lah orang luar, tapi tak reply macam mana you bisnes..?
Masa tunang veil dipinjamkan oleh officemate saya Ekyn, tapi saya bayar juga ikut harga sewa pasaran sebab support member yeehaaa cuma masa nikah ni kawan akak dia dah pinjam veil tu dulu, hahaha. Jadi saya sewa kat butik pengantin yang dekat dengan rumah. Butik ni pun mula-mula mak saya ajak tengok tapi saya tak nak sebab kakak saya kata yang tukang mekap dia bapuk lepas tu make up macam opera cina, hwaaahahaha.
Veil dapat lepas tu pasal inai pula, hahaha ingat nak celup sendiri je tapi taknak la ambil apa-apa risiko tercomot. Jadi disebabkan saya tak tahu dan tak kenal siapa yang buat inai kat Melaka ni. nak senang saya buat posting kat FB je tanya siapa ada kenal orang buat inai kat Melaka kalau boleh berdekatan sekian sekian tempat. Sebab nak minta datang rumah kan nanti ada caj perjalanan. Ramai la kawan-kawan yang komen, terima kasih korang.
Saya pm la sorang sorang kan hahaha. yang mula mula ni masa tarikh tu malam dia tak ada sebab dia balik kampung kat Johor. Lepas tu saya pm la yang lain sampai kat sorang ni nama Mira dia on je waktu tu. Masa ni dah hari Jumaat, kami set datang esok hari Sabtu biar inai tu cantik lagi kan. Masa ni tak tengok fon dah memang kat rumah duk berkemas je, bahulu untuk semua orang datang dah sampai. Saya la duk sumbat dalam goodies bag, buat kerja ni depan pelamin tau..!
Baru mula, bangku pun dia bawa siap-siap.
Tangan dan kaki is done~
Selaku pengantin yang rajin, mak saya pun penat macam macam dia siapkan, so saya duk packing bahulu depan pelamin. Abang saya kata kenapa beli bahulu tu, rasanya 600 keping, sebab bahulu tu besar. Cadangan dia ni macam beli bahulu kecik lagi banyak kat kedai bakery. Mak saya kata ni beli kat IKS, tempat industri kecil dan sederhana. Mak saya kata orang kampung buat, bila lagi nak support orang berniaga waktu majlis macam ni la. Oh mak so ohsem laa.
Dalam plastik ni ada 25 keping bahulu saiz sederhana, semua ada 24 plastik. Kerja pengantin adalah ambil satu bahulu masukkan dalam plastik biru tu, susun semua dah siap 25 keping masuk balik dalam plastik merah. Disebabkan kita ambil gambar sendiri tak ada la wajah kita tengah membungkus.
Lepas tu ada orang tu hantar gambar inai, HAHA. Mula-mula kata kenapa tak beli dari KL, hello tunang you ingat kat Melaka tak ada orang jual inai ke..?
Malam Sabtu pun habis dengan tunang bagi gambar inai je, lepas tu dah kena inai sampai ke sudah tak reply. Saya dengan pengapit putih gebu saya menyiapkan hantaran, hantaran bahu ke hantaran jauh ? Lepas tu kami tidur, atas katil pengantin yang dah siap cadar satin pink hahaha.
Gambar dari tangan yang longlai dari atas katil, jadi lah ni. Jom tidur.
==========================================
0 comments:
Post a Comment