Thursday 7 October 2021

Cara buka Buku Merah/Buku Pink di Klinik Kesihatan Selayang Baru

 Assalamualaikum para mommies.

Hari ni cerita pasal cara nak buka buku pink sebab masa saya nak buka buku pink dulu, duk cari cari ada ke orang tulis step by step cara buka buku. Tapi kena tahu juga kalau di swasta lain, klinik kerajaan lain. Lepas tu setiap klinik kerajaan pun lain lain, sampai kat nurse pun kadang lain cara masing masing.

Seperti yang semua sedia maklum, sebab kan covid melanda jadi semua ni nak kena by appointment. Dah buat carian online pasal nak buat appointment untuk KKSB ni tapi takde untuk buka buku pink atau untuk bahagian Ibu dan Anak. Saya search tahun lepas ada untuk KK negeri Johor je untuk buka buku ni. Negeri lain ada appt untuk pesakit luar, medical check up, pra-perkahwinan, pergigian dan kes ringan. Tak semua KK ada appt untuk semua yang dalam senarai tu, korang kena check dulu.

Oleh kerana KKSB ni tak ada option appt Ibu dan Anak online, kena la call. Mula mula saya call number klinik yang memang ada kat Google, senang kan. Tiga hari berturut call dari 7.30 pagi, 8 pagi, jarak jarak antara waktu yang saya rasa diorang akan jawab pun tak berjawab. Lepas tu tanya kawan yang sebelum ni mengandung pun memang check kat KKSB dia pun bagi number yang sama dalam buku dia. Sampai ke sudah tak berjawab saya pun kata kat husband nanti kita datang pagi pagi. 

Pada hari tersebut, korang jangan ingat terus boleh siap. Sebab kan tak ada appointment, yaaa macam mana nak ada appointment nya pun call tak jawab hehehe. Sambungan cerita saya tulis sambil cerita step di bawah.

Ini cara untuk buka buku pink di Klinik Kesihatan Selayang Baru pada tahun 2021.

1. Datang ke KK Selayang Baru, biasanya parking motor jela ada kalau kereta tu harap maklum jela. Husband biasa hantar saya depan gate je, masuk pun sesak. Dari pintu gate tu untuk ke bahagian Ibu dan Anak korang terus ke bahagian paling kiri bangunan tu. Nanti ada signboard tulis Klinik Kesihatan Ibu dan Anak. 

Dari rumah atau tgh malam hari tu korang dah boleh kemaskini status Covid-19 dalam MySejahtera, sebab nanti masuk pintu tu akan ada dua orang nurse jaga kat depan tu untuk tengok status covid tu dan jugak akan tanya appointment korang, kadang ada nurse dia nak tengok appointment tu. Pengalaman saya kadang waktu klinik penuh memang akan check sorang sorang betul ke datang ni ada appointment, kalau takde korang kena tunggu lama la untuk jumpa nurse mana yang jaga kawasan tempat tinggal korang.

Norma baru macam biasa scan MySejahtera, QR tu ada tampal kat meja yang nurse tu duduk, check suhu kat dahi, ni depan meja nurse tu ada mesin check suhu tu. Lepas tu tunjuk status covid yang dah kemaskini.

2. Sekiranya korang tak ada appoinment, dari bahagian scan depan tu belah kiri korang akan nampak kaunter. Kalau ragu ragu tanya je nurse kat depan tu nanti dia bagi tahu nak pergi mana. Pergi kaunter tu dia akan tanya tinggal mana, lepas tu dia suruh masuk pintu yang ada nombor, yang ni tak tetap la sebab ikut kawasan mana yang korang tinggal. Tapi arah semua pintu ni selari je dari pintu depan tadi, tegak je.

Nanti bila jumpa nurse walaupun korang dah bawa semua dokumen (macam saya) still tak kan buat hari tu, mungkin kalau KK korang tak ramai orang boleh kot tapi masa ni pagi paham paham jela. Nurse akan bagi tahu bawa dokumen apa, pernah datang ke, dia akan tanya soalan soalan basic ibu, lepas tu bagi tarikh dan bagitahu masa tarikh tu nanti nak buat apa. 

Waktu ni dia beri saya kertas stick note tu ada nama, ic dengan tarikh dan waktu next visit.

3. Sekiranya korang dah ada appointment, ada appointment masa ni belum ada buku tau, tak ada apa apa pun. Saya bawa file yang ada report and detail scan baby, dokumen yg diperlukan dan stick note tu kena tampal kat IC. Masuk and scan MySejahtera macam biasa, IC dengan stick note tu letak kat bakul kaunter pendaftaran. Alaa bakul tu muat muat kertas A4 lepas tu depan bakul tu ada tulis 8am dengan 9am. Letak ikut masa appt korang.

Kat sini tepi kiri korang ada paper cup dan sebatang pen. Kena buat urine test. Ambil paper cup tu tulis nama, pergi ke toilet. Okay toilet ni dekat je keluar balik pintu tadi, belok kanan dah sampai. Kiranya kalau bahagian Ibu dan Anak ni dah kata hujung, ni sebelah dia yang paling hujung nak ke pagar dah.

Lepas dah pee in the cup, masuk balik and kat sebelah tempat check suhu korang ada tulis tempat urine. Ada tong sampah kuning tu, sebelah dia ada macam para untuk letak paper cup tu. Korang letak dulu kat situ, nanti sekejap sekejap akan ada nurse jerit sape lagi nak check urine, datang ambil cup nama korang and tunjuk depan nurse, dia akan check dan bagi korang sekeping kertas kecil, ni kena simpan nanti nurse in charge korang nak. Korang boleh ke toilet lagi untuk buang urine tu and tong kuning tu pun ada dalam toilet tadi.

4. Nurse di kaunter pendaftaran nanti akan panggil korang dan bagi number suruh tunggu kat pintu mana, tapi semua tu pun selari dengan pintu masuk tadi tegak je tunggu situ. KKSB bukan besar sangat kan. Masuk je cakap nak buka buku pink. Kemudian dah dapat pintu mana (A,B,C,D) kalau tak silap ikut kawasan alamat rumah yang kita duduk sekarang, nanti nurse panggil dari pintu tu masuk je.

5. Masa ni dah senang sebab dah jumpa nurse in charge kita dari buka buku sampai la beranak dengan nurse tu je, jadi kena baik baik cakap dengan diorang. Sehari beratus kes kena layan. Waktu ni bagi kertas yang dapat masa check urine, banyak la info kena bagi termasuk copy sijil nikah, tunjuk IC, details scan baby kat klinik swasta yang saya ada sebelum ni. Buku tu dia tulis depan kita, lepas kena ambil darah kat bilik lain. Bilik tu depan kaunter pendaftaran. 

6. Lepas dah ambil darah yang dah siap isi dalam tabung uji, kita kena hantar sendiri ke makmal. Nanti nurse bagitahu lalu mana sebab first time kan, kalau tak pun masa dia cakap hantar makmal tu korang tanya la kat mana ye nurse. Dah hantar balik semula tunggu depan ruang menunggu nurse in charge kita. Dalam 15 minit nurse akan panggil, keputusan darah tu makmal akan up dalam sistem dan nurse kita bagitahu keputusan. Bergantung kepada keadaan rasanya sebab ada kawan saya masa buka buku dia tak jumpa doktor, tak scan. Saya tak jumpa doktor juga tapi nurse tu scan perut. 

Selesai semua tu dan tarikh temujanji seterusnya dah ditulis dalam buku pink tu, awal awal ni selang sebulan je lepas tu akan makin rapat setiap 2 minggu hinggalah setiap minggu. Mungkin nanti klinik akan lebih upgrade sebab situ memang penuh orang. Sekian dari kami (me and baby).

















 
Copyright 2017 Reserved to Cik Nunu Design By Cik Nurfarah