Saturday, 5 October 2019

Kesihatan Saya Lebih Baik Dengan Shaklee

Assalamualaikum wbt..

Bila ingat balik sebelum kenal Shaklee, sebelum makan Shaklee dan sebelum guna Shaklee, saya ni kategori yang ada parut jerawat di muka. Jari ni memang suka kuis kuis mula, picit picit dan sebagainya. Saya juga bukan seorang yang aktif, saya selalu rasa tak cukup nafas bila dah 15 minit macam tu buat senaman ringan - jogging, skipping, lompat bintang.

Kalau masa sekolah rendah tu cikgu memang paksa je semua bersukan kan, lagi lagi tinggi macam saya ni memang kena lompat tinggi, lompat jauh, lari 400m dan bola jaring. Ini yang paling selalu kena dengan cikgu sukan dan cikgu yang jaga warna rumah tu - merah, biru, hijau, kuning Masa sekolah rendah tahap kecergasan tu okay lagi, ye lah balik makan makanan yang mak masak, sayur banyak, minum air kosong banyak, kat rumah tak ada jajan.



Bila dah sekolah menengah, waktu sukan tak seaktif sekolah rendah dan mungkin juga tak seganas sekolah campur kerana sekolah saya pelajar semua perempuan. Sukan yang kena masa ni bola jaring je, kadang kadang bola baling fuh merah tangan. Kalau boleh kan bila batuk ke atau dahi macam panas sikit terus je nak skip sukan, padahal ada ramai yang suka waktu sukan kan sebab tukar baju koku atau dari pagi dah pakai baju koku.

Dah selalu macam ni, masuk universiti lagi la. Sukan hanyalah apabila ada Hari Sukan, atau pun yang memang into sport selalu main futsal, badminton malam malam. Tapi ini bukan saya haha, waktu ni banyak berkepit dengan housemate, banyak jadi pemain terjun je. Bila tak cukup orang ke, penat ke cedera kita masuk lah. Adalah dua tiga kali sebulan keluar peluh dengan cara tu, sangat tak sihat.

Mengenali Shaklee.

Zaman bekerja adalah di mana saya jumpa dan kenal Shaklee. Masa ni balik kerja makan buat itu ini lepas tu tak peduli lain dah rasa nak tidur je, peluk bantal pejam mata macam mana la kerja esok ni, sedih tapi kita perlukan duit. Waktu tu saya join dengan TWB yang mana merupakan salah satu projek di bawah group besar Jutawan juga. Dari pendaftaran tu saya dapat Set Cantik Shaklee. Ini lah set itu dan waktu tu skincare Shaklee namanya Nutriwhite, lama dah ni sekarang tak ada. Tahun saya join tu lah tahun terakhir ada Nutriwhite, banyak habis sebab ramai orang borong sebelum keluar Youth Shaklee yang baru. 

Set cantik Shaklee


Lepas dapat semua ni, saya diajar cara makan dan cara pakai. Sebelum ni kalau kerja mekap memang tak lekang dari muka, bawa beg mekap tau pergi surau. Orang kata kalau nak cepat sangat tu masa pergi toilet kita ambil wudhuk siap siap lepas tu sambung kerja kejap, then solat jadinya boleh mekap kan, tak ada la lama sangat keluar. Bila muka tak mekap, ye ada hari hari yang rasa fedup hahaha saya bareface je, nanti kawan ofis tanya "nunu demam ke?", macam tu la punya tak bermaya.

Lepas dah seminggu rasanya gigih telan Shaklee ni tau sebab upline saya ni kulit lawa, keluarga dia semua dah Shaklee, semua kulit licin jadi saya pun rasa baiklah aku akan cuba, kalau tak jadi siap kau. hahaha. Makin lama parut makin pudar, lepas tu ESP ni bukan muka putih dulu tau, badan putih dulu ini bagi saya la. Saya ni bukan selalu makan Vitamin C, mungkin kan bila makan tu tiba tiba badan cukup nutrisi kan, kuku saya cantik je, kalau tak dulu kuku ibu jari ni hmm tak lawa bentuk dia sebab selalu patah hujung.


Satu lagi kita ni perempuan kena ambil tahu cara pakai skin care dan cara pakai mekap. Masa saya dulu terus je foundation, ah memang jahanam la. Bila dah training TWB tu rasa macam kenapa aku perempuan tak tahu benda ni. Jadi bila dua benda ni dah jaga, saya dah reti prep skin, guna primer apa semua, nampak la kurang sumbat di pori pori itu. Takut juga bila ingat balik, sebab kalau rutin macam tu saya buat hari hari, huih teruk muka. Muka dah tak sihat kita tempek lagi macam macam setengah hari. Tak sayang badan.

Lepas dari tu, belum habis lagi set cantik tu bila gaji saya dah tambah macam macam lagi la produk Shaklee. Masa ni B Complex dengan GLA Complex paling ingat beli, sebab saya rasa penat rasa stress kerja masa tu.! Bila ada dua ni saya jadi tenang, saya rasa zat zat ni semua mampu membantu saya menjalani hari hari bekerja tu. Masa ni saya dah tak cepat lesu, balik kerja makan saya masih boleh buka mata la sampai pukul 11.30pm tu. Rasa amazing sangat sebab Shaklee ni proven dekat saya. 

Kalau ikutkan masa awal awal tu kita ni memang nak join TWB je, masa dapat Shaklee tu minda kosong lagi dan saya makan pun tanpa tahu semua fungsi supplement tu, saya makan sebab nak tengok dapat ke tak kulit macam dia ni, sambil tu dalam hati ada ragu juga. Cuma saya konsisten sebab tu jadi, kalau skip banyak biasanya tak jadi, hehe.


Nak cerita lebih lagi nanti panjang sangat, cukup sampai sini la untuk tajuk ni. Terima kasih sudi baca sampai habis.


Shaklee Independent Distributor
Nurul Ain Mahat (1263014)
FB : Nurul Ain
http://www.wasap.my/6017-2635946
Email : anjabeautehaus@gmail.com
Order Shaklee Online dan pos ke seluruh Malaysia 
 COD Shaklee kawasan : Bangsar, KL, Batu Caves, Shah Alam, Gemas, Melaka dan sekitar

































0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2017 Reserved to Cik Nunu Design By Cik Nurfarah