Wednesday, 9 October 2019

Kenapa Suri Rumah Wajib Buat Bisnes

Assalamuaalaikum wbt..


Tajuk yang dekat dengan saya sejak setahun bergelar suri rumah ni, dulunya tak pernah terlintas pun nak jadi suri rumah. Sebab bagi saya kalau nak jadi suri rumah ni jaga anak tu best, tapi saya kan belum ada anak lagi tau, jadi macam kat rumah ni setakat kemas rumah jela, masak tak selalu. Cuma lebihnya jadi suri rumah dalam keadaan belum ada anak ni adalah boleh dekat kan diri dengan Allah, masa tu banyak. Untung kelas agama pun dekat, saya selalu pergi ke Baitul Itqan. Tempat ni walaupun comel je tapi pengisian padu, pengajian sebulan pun ada. 

Sebelum berkahwin saya sudah pun menjalankan bisnes Mobile Spa dan juga Bisnes Shaklee. Bila dah kahwin ada la macam macam juga yang buat kita rasa okay lah nak kerja dari rumah. Banyak sebab kalau nak tulis, tapi pendekkan cerita dipermudahkan. Bulan berhenti tu iaitu Oktober 2018 saya pun rank up, setahun sudah saya bekerja dari rumah sepenuh masa. Banyak dah jatuh bangun yang saya dah lalui, semua menjadi pengalaman dan kekuatan.

Saya berikan 10 sebab kenapa suri rumah WAJIB buat bisnes, sebab ni bulan 10 kan hihi.

1. Menjana pendapatan dari rumah.

Anda ada work-life balance, semua teratur. Dulu jana pendapatan dari rumah orang fikir kerja yang masak masak dari rumah dan jual, lepas tu menjahit. Sekarang banyak dah kan bisnes yang boleh buat walaupun kerja dari rumah.


2. Kuasa membeli.

Ini merupakan istilah yang sering disebut dalam topik topik pembelian hartanah. Buying power ni memang senang nak ada, tapi contoh dah beli rumah dengan kuasa membeli yang kita ada, adakah kita ada holding power yang kuat? Beli semua orang boleh beli, tapi lepas tu? 

Dengan suri rumah membuat bisnes, kita boleh mendapat buying power untuk melakukan apa yang kita perlu atau hendak. Semangat kena ada, ramai yang join TWB ni sebab sedar buying power kalau suri rumah tak buat bisnes ni memang rendah. Ada anak lagi la semua untuk anak, diri kita terabai tak apa. Cuba kalau 5 orang anak? tahan lagi ke tak cari pendapatan.

3. Pengalaman. 

Banyak mana pun pengalaman yang kita dengar dari orang lain tak akan sama dengan kita merasainya sendiri. Sebab tu wujudnya pepatah 'pengalaman adalah guru terbaik'.


Contoh la orang kata kat anda, jalan jalan kat Langkawi tak best, panas. Sekali waktu anda pergi cuaca cantik je, kan tak sama. Macam tu juga dalam kehidupan, ramai orang buat bisnes tapi kenapa ada yang berjaya dan ada yang gagal? semua dari diri sendiri, dan kena alaminya sendiri. Dengar pengalaman orang boleh tapi tak perlu percaya bulat bulat.

Dalam bisnes juga saya belajar nutrisi dengan menghadiri kelas kelas nutrisi Shaklee, kelas edit video, kelas marketing dan pengalaman handle event event bisnes. Semua ini saya takkan dapat kalau saya hanya menjadi suri rumah yang menyerah diri kepada ketentuan. Saya percaya saya sendiri yang kena ubah hidup saya jika saya ingin berjaya, begitu juga anda.

4. Kepuasan memberi.

Sekiranya saya tidak mempunyai pendapatan saya tidak boleh memberi hadiah hadiah kepada orang yang saya sayang. Kadang kadang apabila terlalu lama di takuk ini kita akan rasa yang kita ni useless dan permasalahan ini boleh menyebabkan masalah mental. Masalah mental buka gila terus, itu dah teruk sangat, ada level level permulaan yang juga dipanggil masalah mental, nanti kita kongsi di entry lain. 

Kepuasan memberi ni termasuk bila hari lahir mak ayah kita terus balik kampung nak celebrate sama sama, kerja sendiri jadi hari bekerja atau nak cuti bukan masalah. Kita belanja mereka walaupun mereka tak minta, tapi nampak kan sambil ambil tu cakap terima kasih muka senyum sengih je. Kita pun gembira. Jangan lupa tau masa mereka gembira tu minta mereka doakan apa apa impian korang.

Asbab suri rumah bekerja ni juga masa hari lahir suami dapat la kita belanja makan, bagi bunga bagi coklat (yang saya habiskan sebab dia tak makan coklat sangat hahaha). Banyak belanja makan la masa Birthday Husband



5. Hulur duit belanja. 

Kalau tadi kita beri hadiah hadiah, kali ni bagi duit. Hulur duit ni kadang kalau kita jumpa orang minta sedekah bila kita bagi roti dengan air ada yang terima ada juga yang tak nak sambil cakap "duit duit". Mungkin roti yang kita bagi tak kena dengan selera dia atau dia tak boleh makan roti, kita tak tahu. Tapi dengan memberi duit, dia boleh pilih apa yang dia nak. Betulkan ? 

Terima hadiah memang kita suka regardless the price tapi ada yang mengharap duit mungkin sebab tahu kat mana nak beli sekian sekian barang dengan harga lebih berpatutan. Bila suri rumah kerja dan boleh hulur duit belanja, rasa puas kan. 

6. Biasa pegang duit sendiri.

Suri rumah kalau sebelum kahwin dia belum kerja atau lepas SPM terus kerja mungkin tak rasa tak pegang duit ni, tapi bagaimana dengan para wanita yang sebelum berkahwin atau sebelum jadi suri rumah ni dia dah bergaji besar? ada duit sendiri dalam jumlah yang besar setiap bulan? Akan rasa kehilangan sesuatu kan. Dah biasa ada tiba tiba tak ada.

Ini juga menjadi salah satu suri rumah mewajibkan diri nya untuk bisnes, duit gaji diri sendiri setiap bulan. Para ibu jadi ibu tanpa gaji kan, jadi dengan bisnes mereka dapat gaji sendiri rasa dihargai penat lelah di situ.

7. Mengisi masa lapang.

Suri rumah bukan tak ada kerja tau haa jangan terus buat andaian. Namun berapa ramai suri rumah yang mengorbankan cita cita dan impian demi anak anak dan suami tercinta. Asalkan rumah tangga teratur tak apa lah tak kerja walaupun ada PHD ni. Jangan kata tak ada hanya sebab korang belum jumpa kes macam ni. 

"ye ke perempuan tu sanggup korbankan penat lelah belajar sampai PHD?"

Kenapa tak tanya PHD dia course apa? PHD in Quran Sunnah Studies - UIAM

Terdiam masing masing. 

Mungkin bagi kita duit duit duit, namun bagi dia family is no 1. Dalam keadaan ini suri rumah juga boleh berbisnes sambil menjaga hal urusan rumah tangga nya, siap ada pendapatan lagi. Hebat kan wanita?

8. Menjaga emosi diri.

Petikan dari ceramah Ustazah Asma Harun yang saya kagumi, dalam tajuk Membebel Pada Suami. 

"Tahap stress wanita suri rumah ni lagi tinggi dari stress wanita yang bekerja. Aduan masalah rumah tangga lebih banyak dari wanita suri rumah berbanding wanita bekerja. Wanita yang bekerja dia bergaduh dengan suami, dia keluar pergi kerja jumpa kawan kawan, makan makan huha huha dia dah lupa. Lepas tu dia dapat gaji dia boleh reward diri sendiri, ini yang okay, yang kena tanggung suami tu cerita lain. 

kalau isteri suri rumah dia tak ada kawan lain, kawan dia adalah suaminya. Kalau suri rumah ni bergaduh dengan suami, bengkek tu sampai petang selagi suami tak mesej kata maaf ke nak settle ke apa. Tapi suami di pejabat dia dah lupa dah isteri menderita kat rumah ni. Kawan suri rumah siapa dia? mesin basuh, pinggan mangkuk, periuk belanga, kain tu kawan dia. Kawan yang tak ada suara, bebel la sorang sorang."



Apabila suri rumah berbisnes, mereka akan berjumpa kawan baru, ada komunikasi bukan bercakap sorang sorang dengan mesin basuh dan sebagainya. Emosi mereka akan terjaga dan rumah tangga akan aman damai. Bila suri rumah dah berbual dengan kawan kawan macam pergi kerja biasa, suami balik kita hanya berbual yang biasa biasa, bukan kategori membebel cerita apa kita buat dari siang sampai petang, kan?


9. Tidak dipandang rendah dan tidak merasa rendah diri.

Saya jarang merasa begini kerana saya seorang yang tinggi 😊. Tinggi fizikal dan juga tinggi semangat juang. Saya tak peduli sangat kalau dicemuh ni, saya sentiasa cuba untuk positifkan diri hari hari dan mingle dengan orang yang memiliki cas cas yang sama. Sewaktu saya berhenti kerja pun saya tak sempat rasa rendah diri kerana bisnes mobile spa saya sentiasa ON, bonus Shaklee saya mengikut usaha saya sehingga 4 angka sebulan. 

Tapi bagaimana dengan para suri rumah di luar sana? bila balik raya orang tanya kerja apa nak jawab apa. Orang yang tanya tu pula pangkat pengarah, aduh tak boleh tinggi lagi ke pangkat dia. 

"jadi suri rumah je" ...

Cuba anda ubah. Kalau belum boleh cakap macam macam pun cuba pandang cermin dan cakap perkara yang menaikkan semangat anda.

"saya suri rumah yang bekerjaya dari rumah, rumah tangga teratur dan bisnes pun terurus. ada la bisnes biasa je untuk suri rumah macam saya ni dapat la 5ribu sebulan boleh la buat makan makan. itu pun saya dapat dua penjuru income je, kalau saya pulun semua 7 penjuru income biasanya 10ribu tak lari"...

Pengarah tu dengar tercenggang dia, mungkin dia kata kita tipu, tapi akaun bank kita tak tipu. Ini antara Kelebihan Bisnes Shaklee, tak boleh cerita semua kan sini. Kena direct preview, boleh mesej okay.





10. Memperkasa Wanita, 2018.

Tahun Memperkasakan Wanita telah dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) pada tahun 2018. Sempena perlaksanaan tersebut, terdapat 5 kluster yang telah diaturkan untuk menjayakannya iaitu: 

- Kluster Wanita dan Kesihatam
- Kluster Wanita dan Keselamatan
- Kluster Wanita dan Ekonomi
- Kluster Wanita dan Pendidikan
- Kluster Wanita dan Budaya

Antara kluster tersebut adalah Wanita dan Ekonomi, ini adalah kerana KPWKM mendalami ramai para wanita yang ekonomi nya tidak tetap, tidak bagus dan hanya bergantung harap sama ada pada suami atau pada badan organisasi tertentu. Kita mungkin tak tahu perkara ini kerana kita tak pernah cari. Sedangkan untuk menolong orang susah pun kita disarankan untuk mencari orang susah itu.

Namun inilah realiti yang berlaku bertahun tahun dan pada tahun 2018 Tahun Memperkasakan Wanita disebut sebut, sekarang dah 2019. Anda rasa berapa ramai wanita dah berubah? ya ramai namun ada juga yang masih seperti sebelumnya. 

Kadang para suri rumah ini tidak tahu nak bisnes apa, disebabkan hanya bergantung kepada orang lain, kerap kali apabila menyuarakan pendapat mahupun pandangan mereka akan terus dibidas. Idea idea hebat yang meluap luap dalam kepala tu hanya dipendam. Apa anda rasa bila tahu kalau ada antara kawan kawan baik kita macam ni, malah keluarga ? rasa sedih, kasihan, marah pun ada. 

Jadi para suri rumah, para wanita, bangkitlah demi masa depan kita, bangkitlah demi keluarga, demi masyarakat dan demi agamamu.

Kesimpulannya, anda yang menggerakkan diri anda dan anda jugalah yang mengubah kehidupan anda. Apa apa pun niat kena betul, bisnes kerana Allah dan sebab nak jadi lebih baik, contoh boleh banyak sedekah lagi. 

Terima kasih para wanita yang sudi baca sampai habis. Wanita boleh 😍


Shaklee Independent Distributor
Nurul Ain Mahat (1263014)
FB : Nurul Ain
http://www.wasap.my/6017-2635946
Email : anjabeautehaus@gmail.com
Order Shaklee Online dan pos ke seluruh Malaysia 
 COD Shaklee kawasan : Bangsar, KL, Batu Caves, Shah Alam, Gemas, Melaka dan sekitar
























0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2017 Reserved to Cik Nunu Design By Cik Nurfarah